SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN SYED NASIR ISMAIL

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Surau Ar-Rahman merupakan surau yang di bina untuk warga Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Nasir Ismail. Blog yang dibangunkan ini bertujuan untuk memberikan maklumat yang dapat dikongsikan kepada semua pengunjung blog ini mengenai surau Ar-Rahman serta aktiviti-aktiviti keislaman khususnya yang telah dijalankan di surau Ar-Rahman oleh pihak sekolah.


Showing posts with label BUKA HATI DAN MINDA. Show all posts
Showing posts with label BUKA HATI DAN MINDA. Show all posts

Saturday, October 31, 2009

BUKA HATI DAN MINDA

ADAB DAN AKHLAK DI DALAM MENGHAFAL DAN MEMBACA AL-QURAN

  1. Ikhlas niat kerana Allah
  2. Suci dari hadas dan najis
  3. Mengambil dan memegang al-Quran dengan tangan kanan atau kedua-duanya sekali
  4. Menghadap kiblat
  5. Mulutnya bersih dari sebarang makanan atau minuman/bersugi
  6. Mulakan dengan isti'azah
  7. Baca dengan tartil (bacaan dengan perlahan serta tawadduk)
  8. Jika menjumpai ayat yang mengandungi azab hendaklah rasa berdosa dan memohon ampun dari Allah dan jika berjumpa dengan ayat-ayat rahmat hendaklah yakin dan mengharap bahawa Allah akan sentiasa mengabulkan doanya
  9. Disunatkan membaca al-Quran dengan suara yang indah dan merdu
  10. Dilarang bercakap-cakal atau sebarang perbualan ketika membaca atau sedang mendengar al-Quran
  11. Makruh membaca al-Quran ketika mengantuk
  12. Di galakkan membaca "sadaqallahulazim" setelah selesai membaca.
Wahai sahabat-sahabat semua peruntukkan lah masa setiap hari untuk membaca al-Quran. Sekiranya kita tidak mampu untuk membaca al-Quran satu juzuk setiap hari, bacalah sekadar kemampuan kita walaupun satu muka surat. Kita boleh memperuntukkan masa yang panjang untuk bercerita, membaca akhbar, menonton televisyen , tetapi kenapa tidak boleh memperuntukkan masa untuk membaca al-Quran walau dalam masa 15 minit daripada 24 jam yang Allah berikan kepada kita setiap hari . Yakinlah al-Quran adalah petunjuk, rahmat dan ubat yang paling mujarab untuk mengubat jiwa dan fizikal kita. Wallahua'lam

BUKA HATI DAN MINDA

AKHLAK DAN ADAB DI DALAM MENGHAFAL ATAU MEMBACA AL-QURAN :

  1. Ikhlaskan niat semata-mata kerana Allah
  2. Suci dari hadas dan najis
  3. Di tempat yang bersih, suci dan patut untuk membaca al-Quran
  4. Mengambil al-Quran dengan tangan kanan atau kedua-duanya sekali
  5. Mengadap kiblat dengan khusyuk
  6. Mulutnya bersih dari sebarang makanan atau minuman
  7. Dimulakan dengan isti'azah
  8. Paling utama dibaca dengan tartil (membaca al-Quran dengan perlahan penu tawadduk dan menghayati isi kandungannya)
  9. Jika menjumpai ayat-ayat yang mengandungi amaran dab ancaman hendaklah rasa berdosa sehingga beristighfar dan memohon ampun kepadaNya dan apabila menjumpai ayat-ayat yang menjelaskan rahmat atau pahala hendaklah mengharapkannya

Wednesday, October 14, 2009

BUKA HATI DAN MINDA

SEORANG HAMBA AKAN DITANYA TENTANG NIKMAT PADA HARI KIAMAT

Allah berfirman :

Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu).

Dalam hadis shahih diriwayatkan bahawasanya Rasulullah tatkala menyembelih seekor kambing bersama para sahabatnya di dalam kebun milik Abil Haitham bin Al-Minhal, lalu mereka memakan buah kurma dan meminum air di tempat itu, lau Rasulullah bersabda, "Ini adallah termasuk nikmat yang kelak akan ditanyakan, yakni bagaimana engkau mensyukurinya dan apa yang engkau llakukan"

BUKA HATI DAN MINDA