SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN SYED NASIR ISMAIL

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Surau Ar-Rahman merupakan surau yang di bina untuk warga Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Nasir Ismail. Blog yang dibangunkan ini bertujuan untuk memberikan maklumat yang dapat dikongsikan kepada semua pengunjung blog ini mengenai surau Ar-Rahman serta aktiviti-aktiviti keislaman khususnya yang telah dijalankan di surau Ar-Rahman oleh pihak sekolah.


Tuesday, January 17, 2012

MAJLIS TAKLIF TINGKATAN 1











TARIKH : 7 JANUARI 2012

HARI : SABTU

TEMPAT : SURAU DAN DEWAN TSNI

Alhamdulillah, seperti biasa pada setiap tahun Pabitia Pendidikan Islam dan Badan Dakwah sekolah mengadakan Majlis Taklif untuk tingkatan 1. Maslis Taklif ialah majlis penyerahan pertanggungjawaban sebagai seorang yang telah baligh daripada ibubapa kepada anak-anak. Majlis ini dilaksanakan bagi menimbulkan kesedran kepada ibubapa dan anak-anak bahawa mereka telah ada tanggungjawab sendiri yang perlu dipikul dan menyedarkan mereka tentang matlamat hidup sebagai seorang musllim.

Pendaftaran bermula pada jam 7.30 pagi. Perasmian majlis telah disempurnakan oleh Pn Hajah Minati pengetua SMK Tun Syed Nasir Ismail. Pada Jam 9.00 pagi ibubapa dan anak-anak dipisahkan untuk slot ceramah. Ceramah ibubapa telah disampaikan oleh Ustaz Mahyudin daripada UTM dan slot ceramah untuk anak-anak telah disampaikan oleh Ustaz Mulyadi. Banyak bimbingan dan panduan telah disampaikan oleh penceramah yang boleh dipraktikkkan dalam kehidupan seharian sama ada sebagi seorang pelajar atau sebagai ibubapa.

Majlis berehat pada jam 10.45 pagi. Ibubapa, pelajar dan guru-guru dijamu dengan lontong serta air. Pda jam 11.15 pagi ibubapa dan anak-anak dikumpulkan semula untuk majlis taklif oleh ibubapa. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Petang En Musa b. M. N0r. Majlis berakhir pada jam 12.00 tengahari.

Kami pihak sekolah sangat gembira dengan kehadiran pelajar dan ibubapa pada tahun ini sangat memberangsangkan. Jumlah kehadiran mereka sermai 420 orang. Semoga dengan komitmen yang ditunjukkan oleh ibubapa dan pelajar ini akan membuahkan serta melahirkan pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat.


Sunday, January 15, 2012

CERAMAH SEMPENA MAAL HIJRAH : THE SIGNS OF CREATIONS






TARIKH : 6 JANUARI 2011

TEMPAT : DEWAN TUN SYED NASIR ISMAIL,

Alhamdulillah bersempena dengan kedatangan maal Hijrah, Badan Dakwah dan Pnitia Pendidikan Islam telah mengadakan ceramah bertajuk " The Sign of creations" yang telah disampaikan oleh Brother Jaysuman. Penceramah yang dikenali sebagai Brother J adalah seorang yang telah diberi hidayah oleh Allah SWT untuk memeluk Islam yang mana sebelum ini dia menganut agama hindu.

Ceramah yang disampaikan amat menyentuh hati kerana telah menyedarkan para pelajar dan guru-guru bahawa Allah maha berkuasa menciptakan segala yang ada di langit dan bumi serta menunjukkan betapa kerdilnya manusia berbanding dengan penciptaan Allah yang lain. Maka alangkah sombongnya manusia jika tidak mahu sujud dan menyembah Allah dan tidak layak bagi kita untuk bersifat takabbur terhadap kelebihan yang hanya sedikit diberikan kepada kita.

Semoga dengan ceramah yang disampaikan itu, boleh meningkatkan iman kita dan menjadikan kita seorang yang sentiasa merendah diri walau di mana kita berada.




Wednesday, November 23, 2011

MAJLIS MOHON RESTU DAN SOLAT HAJAT SPM











Tarikh : 11 November 2011

Tempat : Dewan Tun Syed Nasir Ismail

Majlis mohon restu pada tahun ini diadakan agak berlainan dengan majlis yang lalu. Malis mohon restu dimulakan dengan menunaikan solat hajat bersama-sama dengan ibu bapa dan diikuti dengan bacaan tahlil ringkas. Solat Hajat dan bacaan tahlil dibimbing oleh Ust Mohd Shahrol b. Ali. Bilangan ibubapa yang hadir seramai 50 orang. Kesanggupan ibubapa untuk hadir bagi menunaikan solat hajat amat membanggakan pihak sekolah.

Setelah membaca tahlil ringkas, ceramah motivasi telah disampaikan oleh Ust Rasyid dari Ilham Murni. Dalam ceramah yang disampaikan kepada pelajar-pelajar, Ustaz mengingatkan agar menghormati ibubapa dan guru serta memohon ampun dari mereka sebelum menjelang peperiksaaan. Pelajar diminta terus untuk memohon restu dari ibubapa yang turut hadir dalam majlis tersebut.

Majlis turut diisi dengan ucapan kata-kata semangat dari Pengerusi PIBG iaitu En. Karim b. Wagiman serta Pengetua SMK Tun Syed Nasir Ismail Pn. Hjh Minati bt Hamir.. Majlis berakhir dengan pelajar memohon restu dari guru-guru dan ibubapa yang pulang dibekalkan dengan sedikit makanan yang dibungkus. Majlis berakhir pada jam 10.40 pagi. Semoga pelajar SPM pada tahun ini mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan yang mereka hadapi. Amin.

Monday, October 10, 2011

BUKA HATI DAN MINDA

MENJADI INSAN YANG DICINTAI OLEH ALLAH

Apabila kita menyebut mengenai cinta dan kasih sayang, sememangnya menjadi fitrah manusia untuk mencintai dan dicintai. Manusia sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapat cinta dan kasih sayang manusia walau pun kadang kala cinta yang dihamburkann itu hanya kepura-puraan sahaja. Kita sebagai hamba Allah sering lupa bahawa cinta yang abadi dan sejati adalah cinta dan kasih sayang Allah.
Allah ada berkata dalam sebuah hadis qudsi bermaksud : "Hamba-hamba-Ku sentiasa menghampirkan diri kepada-Ku dengan amalan-amalan sunat sehingga aku mengasihinya"(HR Bukhari) Maka sangat beruntunglah sesiapa yang berjaya mendapat kasih sayang Allah dalam hidupnya, kerana mereka yang mendapat kasih sayang Allah akan memperolehi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud : "Apabila Allah menyayangi hamba-Nya, Dia akan memanggil malaikatb Jibril lalu berkata, 'Sesungguhnya Allah mengasihi sipolan, maka perlu kamu semua kasih kepadanya.'Lalu ia dikasihi oleh malaikat, kemudian diperkenankan untuknya dibumi" (HR Bukhari) . Bagaimana mendekatkan diri kepada Allah bagi mendapat kasih sayang dan reda Allah? Antaranya ialah :

  • Perlu mempelajari bagaimana mencari ganjaran pahala yang banyak dari Allah.
  • Jika kita boleh merancang untuk kebahagiaan hidup didunia maka begitulah juga kita patut merancang untuk kebahagiaan di akhirat yang merupakan tempat yang kekal untuk kita hidup.
  • Perlu mengetahui apakah amalan yang utama dan ganjaran pahala yang besar serta cara memperolehinya. Contohnya, berpuasa di bulan syawal mendapat pahala seperti berpuasa setahun, pahala beribadah di malam lailatul qadar menyamai beribadah seribu bulan.
  • Mestilah kita banyak berdamping dan rapat dengan orang yang sering melakuka kebaikan agar kita boleh mencontohinya dan dia boleh mengingatkan kita untuk beribadah serta berbuat kebaikan.
  • Kita perlu sentiasa berubah ke arah yang lebih baik. Dalam kehidupan kita sentiasa berusaha untuk up grade kualiti hidup kita, dari rumah kecil kita hendakkan rumah yang lebih besar, dari kereta yang kecil kita mahukan kereta yang lebih besar. Bagaimana pula dengan ibadah kita, adakah kita sentiasa ingin menaik tarafkan amal kita .
Apa pun semua yang dinyatakan di atas hendaklah di dasari dengan niat yang ikhlas kerana Allah untuk mencari redaNya. Ayuh mari kita mulakannya dari sekarang untuk mendapat kasih sayang dan cinta Allah serta jangan kita menangguhkannya lagi kerana kita tidak tahu bila Allah akan menjemput kita.

Monday, August 1, 2011

CERAMAH PERSEDIAAN RAMADAN






Tarikh : 29 Julai 2011
Tempat : Astaka terbuka
Masa : 7.30-8.30 pagi.

Pada hari jumaat 29 Julai telah diadakan ceramah persediaan untuk menyambut bulan ramadan. Ceramah diadakan bertujuan untuk memberi kesedran kepada pelajar mengenai kewajipan berpuasa serta berusaha untuk membanyakkan beribadah pada bulan yang penuh keberkatan ini.
Ceramah telah disampaikan oleh Ust. Abd Hamid b. Ismail dari Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 1. Antara kandungan ceramah yang berbahagia ustaz ialah mengingatkan pelajar untuk menunaikan dan menyempurnakan ibadah solat. Pelajar juga dingatkan untuk membanyaak ibadah sunat di sepanjang bulan ramadan.

PROGRAM KECEMERLANGAN DAN SKOR A PENDIDIKAN ISLAM SPM










Tarikh : 27 dan 28 Julai 2011
Tempat : Surau Ar-Rahman

Alhamdulillah, Panitia Pendidikan Islam telah berjaya mengadaka program kecemerlangan dan Skor A Pendidikan Islam SPM. Program Kecemerlangan diadakan pada 27 Julai dan kelas yang terlibat ialah 5UPSI, 5UITM, 5UNIMAS, 5UMS dan 5UMM. Kehadiran ialah seramai 106 orang. Manakala Program SKOR A diadakan pada 28 Julai dan kelas YANG terlibat ialah 5UM, 5UKM,5USM,5UTM,5UPM dan 5UUM. Pelajar yang tidak hadir pada hari rabu untuk program kecemerlangan telah diminta untuk hadir pada hari khamis. Kehadiran pada 28 Julai ialah seramai 208 orang.
Pada sesi pertama dari jam 7.45-10.15 pagi diadakah ceramah teknik menjawab soalan. Diterangkan kepada pelajar panduan untuk mendapatkan markah yang tinggi sewaktu menjawab soalan peperiksaan. Sesi kedua dari jam 10.45 pagi-1.15 tengahari diadakan bengkel menjawab soalan. Setiap pelajar diberikan buku soalan layih tubi untuk dijawab. Tumpuan diberikan untuk menjawab soalan bahagian akidah dan adab.
Program yang diadakan telah berjaya meningkatkan keyakinan pelajar untuk mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan SPM sebenar. Sasaran Panitia untuk mencapai 95% kelulusan dan 30% daripadanya mendapat A-, A dan A+. Pelajar bersurai pada jam 1.45 tengahari setelah selesai menunaikan solat zohor.

Friday, July 22, 2011

BUKA HATI DAN MINDA

MENAHAN MARAH
SAW
Sifat marah adalah sifat semulajadi manusia. Tetapi apabila kemarahan tidak boleh dikawal maka kita akan dapat melihat seorang bapa boleh menyiram asid ke atas anak, seorang suami tidak sedar telah melafazkan cerai terhadap suami, seorang guru kemungkinan boleh mengeluarkan kata-kata yang tidak enak untuk di dengar. Oleh itu mari kita selami dan pelajari bagaimana untuk mengawal sifat marah.

Dari Abu Hurairah R.A bahawasanya ada seorang telah berkata kepada Nabi SAW:"Berpesanlah kepada ku! Jawab baginda : Jangan marah! Orang itu mengulang lagi beberpa kali minta dipesani, maka bginda masih tetap berkata : Jangan marah !" (Riwayat Bukhari)

Sabda RAsulullah SAW bermaksud : Tunjukkanlah saya suatu amalan yang bakal menyebabkan saya dapat masuk syurga. Bersabda Rasulullah SAW : Jangan marah ! Nescaya engkau akan masuk syurga"

Kenapa begitu jaminan Rasulullah. Ini kerana marah adalah pembuka jalan bagi syaitan untuk menundukkan manusia serta boleh merendahkan akhlak manusia. Apabila marah tidak boleh dikawal akan menyebabkan hilangnya rasa hormat manusia terhadap diri. Rasulullah adalah contoh yang terbaik dalam mengawal kemarahan. Baginda tenang apabila dibaling dengan batu oleh penduduk Thoif. Baginda boleh memaafkan Hindun bt Utbah yang telah merobek jantung Hamzah bapa saudaranya ketika perang Uhud.

Berkata Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni : Sesungguhnya penawar bagi orang marah, sedih, kecewa dan dukacita adalah 5 cara :

  • Kawallah kemarahanmu
  • Sejukkan anggotamu(dengan siraman wuduk)
  • Duduklah dari berdiri, dan baringlah dari duduk
  • Diam dari berbicara
  • Perbanyakkan mengingati ganjaran menahan amarah yang dijanjikan Allah bagi mereka yang bersabar
Anda jangan silap faham! bukan membuang sifat marah tetapi MENGAWAL KEMARAHAN