SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN SYED NASIR ISMAIL

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Surau Ar-Rahman merupakan surau yang di bina untuk warga Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Nasir Ismail. Blog yang dibangunkan ini bertujuan untuk memberikan maklumat yang dapat dikongsikan kepada semua pengunjung blog ini mengenai surau Ar-Rahman serta aktiviti-aktiviti keislaman khususnya yang telah dijalankan di surau Ar-Rahman oleh pihak sekolah.


Sunday, October 20, 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA -IFTAR RAMADAN

Tarikh : 26 Julai 2013
Hari : Jumaat
Tempat : Surau Ar-Rahman

Majlis berbuka puasa dilaksanakan setiap tahun untuk pelajar tingkatan 3 dan 5. Program iftar dimulakan dengan ceramah motivasi untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM dan PMR.Ceramah motivasi disampaikan oleh Ust Abd Hamid dari Sekolah Kebangsaan Tebrau. Selepas itu diikuti dengan tahlil ringkas, berbuka puasa, solat magrib, makan malam, solat isyak, solat hajat dan solat tarawih. Pelajar yang hadir sekitar 380 orang. Guru-guru juga turut serta di dalam program ini. Majlis berakhir sekitar jam 10 malam.








No comments:

Post a Comment