SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN SYED NASIR ISMAIL

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Surau Ar-Rahman merupakan surau yang di bina untuk warga Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Nasir Ismail. Blog yang dibangunkan ini bertujuan untuk memberikan maklumat yang dapat dikongsikan kepada semua pengunjung blog ini mengenai surau Ar-Rahman serta aktiviti-aktiviti keislaman khususnya yang telah dijalankan di surau Ar-Rahman oleh pihak sekolah.


Showing posts with label 1. Laporan Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label 1. Laporan Aktiviti. Show all posts

Wednesday, May 19, 2010

PROGRAM QIAMULLAIL

Sedang mmendengar ceramah
Sarapan pagi



Motivasi disampaikan oleh Ustaz Katiman





Ust. Mohd Rashid memberikan motivasi
Ust. Mohd shahrol membimbing pelajar
tilawah al-Quran surah al-Kahfi


Alhamdulillah, Badan Dakwah dan Panitia Pendidikan Islam telah berjaya mengadakan program Qiamullail untuk pelajar lelaki tingkatan 3, 4 dan 5 pada 14-15 Mei yang lepas. Seramai 108 pelajar telah menghadiri program ini.Pihak sekolah telah menjemput Ust Mohd Rashid b. Hj Md Salleh daripada Ilhammurni Consultan untuk mengendalikan program. Ust Mohd Rashid telah mengendalikan program bersama 3 orang pembantu. Mereka mengendalikan program motivasi, qiamullail dan kuliah subuh.Alhamdulullah hasil daripada program ini telah mmenyedarkan pelajar atas segala dosa dan kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini. atur cara program adalah seperti berikut :


MASA

AKTIVITI

TINDAKAN

6.00 -6.30 petang

6.30-7.00 ptg

7.00-9.00 mlm

9.00-11.00 mlm

11.00- 1.00 mlm

1.00-1.15 mlm

1.15 -4.00 pagi

4.00-5.30 pagi

5.30-6.00 pagi

6.00-7.00 pagi

7.00 pagi

Pendaftaran

Makan malam

Solat maghrib, Isyak , tilawah

Ceramah “Remaja Cemerlang”

Muhasabah diri

Minum malam

Tidur

Bangun/qiam

Solat Subuh

Kuliah subuh

Sarapan dan pelajar bersurai

AJK Pendaftaran

AJK makanan

Ust. Mohd Shahrol

Ust Mohd Rashid dan pembantunya

AJK makanan

Guru Pendidikan Islam

Ust. Katiman

Ust Mohd Rusdi

Ust. Katiman

Friday, April 30, 2010

Kem Pengukuhan Solat

Kumpulan Ust Mohd Rusdi
Kumpulan Ustazah Haslina
Kumpulan Ustazah Siti Hajar
Kumpulan Ust Ahmad Jazim
Pn. Nabilah sedang menerangkan tentang kewajipan solat
Sebahagian daripada pelajar perempuan yang hadir sedang
mendengar penerangan yang disampaikan.

Pelajar lelaki yang turut serta mengikuti program


Alhamdulillah Bahagian Dakwah dan Panitia Pendidikan Islam SMK Tun Syed Nasir Ismail telah melaksanakan program Pengukuhan solat bagi pelajar tingkatan 1 dan 2 pada 27 April 2010 di Surau Ar-Rahman. Program ini dihadiri seramai 58 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan. Ada di antara pelajar yang sangat lemah penguasaannya di dalam bacaan solat seperti bacaan doa iftitah, bacaan tahiyyat dan doa qunut. Selepas dibimbing oleh guru-guru mereka dapat menguasai sedikit bacaan tersebut walau pun tidak sepenuhnya. Apa yang penting ialah pemantauan guru-guru selepas program agar mereka melaksanakan solat lima waktu sehari semalam.

Program bermula dengan pendaftaran pada 7.30 pagi. Pada jam 8.00 pagi Pn. Nabilah menyampaikan sedikit penerangan ringkas mengenai kewajipan solat dengan menggunakan bahan ppt. yang telah dibekalkan oleh Bahagian Dakwah SPI JPNJ. Selepas itu pelajar dibahagikan di dalam kumpulan dengan bilangan seramai 8-9 orang bagi setiap kumpulan dan dibimbing oleh seorang guru Pendidikan Islam. Program ini berakhir pada jam 4.00 petang.

Tuesday, March 23, 2010

AMALI SEMBELIHAN PELAJAR TINGKATAN 4

Pada hari Jumaat 5 mac 2010, pihak Panitia Pendidikan Islam SMK Tun Syed Nasir Ismail telah melaksanakan amali sembelihan dan ibadah akikah sempena Minggu Pendidikan Islam 2010.
Aktiviti ini dimulakan dengan penerangan ringkas oleh Pn.Nabilah binti Jaafar di Surau ar Rahman.
Para pelajar tingkatan 4 telah dibahagikan kepada 5 kumpulan kecil untuk memudahkan urusan amali ini.
Sebanyak 2 ekor lembu dan 3 ekor kambing diakikahkan sempena majlis ini.
Program ini berjaya dilaksanakan dengan berkesan. Segala kerjasama dari semua pihak diucapkan jazakumullahu khairan kathira.

Saturday, January 9, 2010


MAJLIS TAKLIF PELAJAR TINGKATAN SATU TAHUN 2010


Tarikh : 9 Januari 2010 (Sabtu)
Masa : 7.30 - 12.00 tgh

Tempat : Surau dan Astaka Berbumbung

Alhamdulillah Surau Ar-Rahman dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam dan Badan Dakwah SMKTSNI telah mengadakan Program Majlis Taklif pelajar tingkatan 1 pada 9 Jan iaitu pada hari sabtu. Tahun ini merupakan tahun ketiga dilaksanakan . Majlis Taklif ini dijalankan dengan bantuan sepenuhnya daripada YPK Johor DT. Alhamdulillah kehadiran ibubapa sangat menggalakkan dengan kehadiran seramai hampir 200 orang dan kehadiran pelajar hampir 400 orang. Program ini dilaksanakan untuk menyedarkan pelajar-pelajar mengenai tanggungjawab beragama apabila telah baligh , di samping itu untuk menyedarkan ibubapa mengenai tanggungjawab mereka untuk mendidik anak-anak menjadi muslim sebenar yang mempunyai jati diri yang mantap.

Atur cara majlis

7.30 - 8.00 pg - Pendaftaran
8.00 - 9.00 pg - Majlis Perasmian
9.00 - 10.30 pg - Ceramah ibubapa dan pelajar secara berasingan
10.30 - 11.00 pg - Rehat
11.00-11.45 pg- Majlis Penyerahan Taklif
11.45 -12.00 tgh - Majlis penutup





Ibubapa duduk bersama-sama anak sewaktu penyerahan taklif di astaka

Anak-anak sedang menghayati penyerahan tajlif oleh ibubapa masing- masing.

Pelajar-pelajar lelaki sedang mendengar ceramah yang disampaikan oleh
pegawai dari YPKJDT
Pelajar perempuan turut memberi perhatian terhadap ceramah yang disampaikan
Ibu-ibu mendengar ceramah di dalam surau
Wakil dari YPKJDT sedang menyampaikan ceramah kepada ibubapa

Kaum bapa turut meluangkan masa untuk turut serta di dalam program ini

Ceramah yang disampaikan telah menarik perhatian ibubapa

Kehadiran ibubapa yang ramai menunjukkan keperihatinan mereka
terhadap pendidikan anak-anak
En. Ishak menyampaikan ucapan perasmian Majlis Taklif
sebagai wakil Pengetua SMKTSNI

Pelajar dan ibubapa berkumpul sewaktu majlis perasmian sebelum
ceramah disampaikan kepada ibubapa dan pelajar secara berasingan

Ibubapa yang mendaftar

Pendaftaran pelajar

En. Rozi daripada YPKJDT, En. Ishak Pen. Kanan Akedemik,
Tn. Hj Abu Bakar Penolong Kanan Petang serta Ust Mohd Shahrol
Guru Dakwah SMKTSNI










Wednesday, November 18, 2009

ANUGERAH SURAU AL HAKIM


Pada hari Khamis 12 November 2009 telah diadakan Majlis Penyampaian Anugerah Surau Al Hakim Peringkat Negeri Johor di Surau ar-Rahman SMK Tun Syed Nasir Ismail. Majlis ini dianjurkan oleh JPN Johor dengan kerjasama PPD Johor Bahru. Hadiah disampaikan oleh Tn.Hj. Sufa'at bin Tumin, Pengarah Pelajaran Johor.Berikut ialah senarai pemenang:
Kategori Sekolah Rendah :
Tempat pertama : SK Mutiara Rini 2
Tempat kedua : SK Ledang
Tempat ketiga : SK Bandar Mersing
Kategori Sekolah Menengah
Tempat pertama : SMK Tun Syed Nasir Ismail
Tempat kedua : SMK Seri Kenangan
Tempat ketiga : SMK Mutiara Rini