SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN SYED NASIR ISMAIL

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Surau Ar-Rahman merupakan surau yang di bina untuk warga Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Nasir Ismail. Blog yang dibangunkan ini bertujuan untuk memberikan maklumat yang dapat dikongsikan kepada semua pengunjung blog ini mengenai surau Ar-Rahman serta aktiviti-aktiviti keislaman khususnya yang telah dijalankan di surau Ar-Rahman oleh pihak sekolah.


Showing posts with label TAZKIRAH. Show all posts
Showing posts with label TAZKIRAH. Show all posts

Sunday, January 31, 2010

ADAB DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK

* memastikan anak-anak mendapat rezeki yang halal

* mengajar anak-anak menghayati dan memahami ajaran Al Quran

* membimbing mereka mengikut cara hidup Islam

* menyuburkan jiwa anak-anak dengan keimanan

* mendidik anak-anak mencintai Allah dan Rasul

* mengajar mereka mengamalkan akhlak terpuji

* memberi kasih sayang kepada mereka secara adil

* memahami bakat dan minat mereka dan menggalakkan mereka mengembangkan bakat



Monday, November 9, 2009

TAZKIRAH : BAHAYANYA ...LIDAH akan


* bercakap perkara tidak berfaedah

* berlebih-lebihan dalam percakapan dan berkata-kata

* bercakap perkara tidak benar iaitu berbohong

* berlaku pertengkaran

* menyebabkan permusuhan daripada kata-katanya

* bermanis mulut untuk menunjuk-nunjuk

* berbahasa kesat

* menyumpah-nyumpah dan melaknat orang lain

* terlalu banyak bergurau senda dan bergembira

* merendah-rendahkan orang lain

* menyanyi lagu-lagu yang melalaikan

* berjanji dan mendustai

* mengumpat walaupun perkara remeh apalagi perkara berat

* mengadu domba dan melaga-lagakan orang lain

* menjadi lidah bercabang dan talam dua muka

* menabur fitnah

* memuji yang melampau-lampau


MUHASABAH...JAGALAH LIDAH ANDA!!!
BANYAKKAN UCAPAN ASTAGHFIRULLAHAL 'AZIM

Friday, October 23, 2009

ADAB DALAM PERGAULAN DAN BERSAHABAT


* Pilihlah sahabat yang beragama, berakal dan berakhlak kerana sifat dan peribadi seseorang dikenali dengan cara melihat siapa sahabatnya.


* Elak daripada bersahabat dengan orang yang buruk akhlaknya



* Pilihlah sahabat daripada orang yang suka membuat kebajikan



* Jangan memilih sahabat yang suka berdusta



* Pilihlah sahabat yang rajin, merendah diri dan penyabar



* Apabila bersahabat, kita hendaklah hormat menghormati



* Memanggil nama sahabat atau gelaran yang baik dan disenangi



* Jika terdapat kekurangan hendaklah saling menasihati dan menjaga aib masing-masing



* Tidak membebankan sahabat sebaliknya membantunya jika kesusahan