SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN SYED NASIR ISMAIL

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Surau Ar-Rahman merupakan surau yang di bina untuk warga Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Nasir Ismail. Blog yang dibangunkan ini bertujuan untuk memberikan maklumat yang dapat dikongsikan kepada semua pengunjung blog ini mengenai surau Ar-Rahman serta aktiviti-aktiviti keislaman khususnya yang telah dijalankan di surau Ar-Rahman oleh pihak sekolah.


Saturday, January 9, 2010


MAJLIS TAKLIF PELAJAR TINGKATAN SATU TAHUN 2010


Tarikh : 9 Januari 2010 (Sabtu)
Masa : 7.30 - 12.00 tgh

Tempat : Surau dan Astaka Berbumbung

Alhamdulillah Surau Ar-Rahman dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam dan Badan Dakwah SMKTSNI telah mengadakan Program Majlis Taklif pelajar tingkatan 1 pada 9 Jan iaitu pada hari sabtu. Tahun ini merupakan tahun ketiga dilaksanakan . Majlis Taklif ini dijalankan dengan bantuan sepenuhnya daripada YPK Johor DT. Alhamdulillah kehadiran ibubapa sangat menggalakkan dengan kehadiran seramai hampir 200 orang dan kehadiran pelajar hampir 400 orang. Program ini dilaksanakan untuk menyedarkan pelajar-pelajar mengenai tanggungjawab beragama apabila telah baligh , di samping itu untuk menyedarkan ibubapa mengenai tanggungjawab mereka untuk mendidik anak-anak menjadi muslim sebenar yang mempunyai jati diri yang mantap.

Atur cara majlis

7.30 - 8.00 pg - Pendaftaran
8.00 - 9.00 pg - Majlis Perasmian
9.00 - 10.30 pg - Ceramah ibubapa dan pelajar secara berasingan
10.30 - 11.00 pg - Rehat
11.00-11.45 pg- Majlis Penyerahan Taklif
11.45 -12.00 tgh - Majlis penutup





Ibubapa duduk bersama-sama anak sewaktu penyerahan taklif di astaka

Anak-anak sedang menghayati penyerahan tajlif oleh ibubapa masing- masing.

Pelajar-pelajar lelaki sedang mendengar ceramah yang disampaikan oleh
pegawai dari YPKJDT
Pelajar perempuan turut memberi perhatian terhadap ceramah yang disampaikan
Ibu-ibu mendengar ceramah di dalam surau
Wakil dari YPKJDT sedang menyampaikan ceramah kepada ibubapa

Kaum bapa turut meluangkan masa untuk turut serta di dalam program ini

Ceramah yang disampaikan telah menarik perhatian ibubapa

Kehadiran ibubapa yang ramai menunjukkan keperihatinan mereka
terhadap pendidikan anak-anak
En. Ishak menyampaikan ucapan perasmian Majlis Taklif
sebagai wakil Pengetua SMKTSNI

Pelajar dan ibubapa berkumpul sewaktu majlis perasmian sebelum
ceramah disampaikan kepada ibubapa dan pelajar secara berasingan

Ibubapa yang mendaftar

Pendaftaran pelajar

En. Rozi daripada YPKJDT, En. Ishak Pen. Kanan Akedemik,
Tn. Hj Abu Bakar Penolong Kanan Petang serta Ust Mohd Shahrol
Guru Dakwah SMKTSNI










No comments:

Post a Comment