SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN SYED NASIR ISMAIL

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Surau Ar-Rahman merupakan surau yang di bina untuk warga Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Nasir Ismail. Blog yang dibangunkan ini bertujuan untuk memberikan maklumat yang dapat dikongsikan kepada semua pengunjung blog ini mengenai surau Ar-Rahman serta aktiviti-aktiviti keislaman khususnya yang telah dijalankan di surau Ar-Rahman oleh pihak sekolah.


Tuesday, January 19, 2010

Sesi Taklimat dan Perbincangan dengan pegawai PPD Johor Bahru

Tn Hj Ahmad Taufik sedang memberikan penerangan kepada guru-guru

Guru-guru lelaki SMK Tun Syed Nasir Ismail

En. Nazarudin, Ketua Bidang Sains Sosial dan En. Abdullah,
guru yang berpengalaman mengajar KH
Sebahagian besar guru-guru yang turut berada di dalam sesi taklimat


Tn Hj Taufik bersama Pn. Rosita, Pen. Kanan HEM
Pn. Hjh Minati, Pengetua SMKTSNI menyampaikan ucapan alu-aluan

Tarikh : 16 Januari 2010
Masa : 10.00 pg-12.45 tghri

Semua guru sesi pagi dan petang telah mendengar taklimat daripada Tn. Hj Ahmad Taufik b. Hamzah mengenai Pelaksanaan undang-undang di sekolah dalam aspek tanggungjawab berjaga-jaga, saman mahkamah dan bantuan guaman. Selepas mendengar penyampaian daripada En. Ahmad Taufik, guru-guru telah mmemahami bahawa setiap tugas, arahan dan aktiviti yang dibuat hendaklah dilaksanakan dengan penuh amanah, tanggungjawab serta mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Semua tempat yang ada pelajar menjalankan aktiviti mestilah ada guru yang mengawasi bagi memastikan keselamatan mereka. Di samping itu hendaklah dipastikan semua kawasan sekolah serta peralatan yang digunakan mestilah selamat dan tidak menimbulkan sebarang bahaya kepada pelajar.
Kesimpulannya, laksanakanlah segala tugas yang diserahkan kepada kita dengan penuh ikhlas dan amanah. Kita mesti sentiasa ingat bahawa setiap tugas yang diamanahkan kepada kita kelak akan disoal oleh Allah di padang Mahsyar. Apa yang kita akan jawab di hadapan Allah jika tugas dan kerja yang diamanahkan tidak dilaksnakan dengan baik.

No comments:

Post a Comment