SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN SYED NASIR ISMAIL

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Surau Ar-Rahman merupakan surau yang di bina untuk warga Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Nasir Ismail. Blog yang dibangunkan ini bertujuan untuk memberikan maklumat yang dapat dikongsikan kepada semua pengunjung blog ini mengenai surau Ar-Rahman serta aktiviti-aktiviti keislaman khususnya yang telah dijalankan di surau Ar-Rahman oleh pihak sekolah.


Sunday, October 20, 2013

PROGRAM 3R (REMAJA RAIKAN RAMADAN)

Tarikh : 13-14 Julai 2013
Hari : Sabtu dan Ahad
Tempat : Surau Ar-Rahman

Penghayatan Ramadan sangat penting supaya ramadan yang dilalui mendatangkan kesan yang sangat baik pada seseorang. Program 3R ini dilaksanakan oleh Surau Ar-Rahman dan Badan Dakwah adalah dengan kerja sama IKRAM Teen Daerah Johor Bahru. Antara pengisian program ialah ceramah, iftar, qiam, tadarus dan khidmat masyarakat. Bilangan peserta yang hadir 90 orang yang terdiri dari pelajar lelaki dan perempuan. Semua peserta yang hadir sangat teruja dengan program yang diadakan terutama dengan kehadiran 3 orang remaja Palestin yang berusia 17 tahun yang berkongsi pengalaman mengenai perjuangan rakyat di Gaza Palestin. Pelajar juga gembira untuk memberi bantuan ramadan kepada orang yang memerlukan .












No comments:

Post a Comment