SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN SYED NASIR ISMAIL

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Surau Ar-Rahman merupakan surau yang di bina untuk warga Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Nasir Ismail. Blog yang dibangunkan ini bertujuan untuk memberikan maklumat yang dapat dikongsikan kepada semua pengunjung blog ini mengenai surau Ar-Rahman serta aktiviti-aktiviti keislaman khususnya yang telah dijalankan di surau Ar-Rahman oleh pihak sekolah.


Saturday, October 31, 2009

BUKA HATI DAN MINDA

ADAB DAN AKHLAK DI DALAM MENGHAFAL DAN MEMBACA AL-QURAN

  1. Ikhlas niat kerana Allah
  2. Suci dari hadas dan najis
  3. Mengambil dan memegang al-Quran dengan tangan kanan atau kedua-duanya sekali
  4. Menghadap kiblat
  5. Mulutnya bersih dari sebarang makanan atau minuman/bersugi
  6. Mulakan dengan isti'azah
  7. Baca dengan tartil (bacaan dengan perlahan serta tawadduk)
  8. Jika menjumpai ayat yang mengandungi azab hendaklah rasa berdosa dan memohon ampun dari Allah dan jika berjumpa dengan ayat-ayat rahmat hendaklah yakin dan mengharap bahawa Allah akan sentiasa mengabulkan doanya
  9. Disunatkan membaca al-Quran dengan suara yang indah dan merdu
  10. Dilarang bercakap-cakal atau sebarang perbualan ketika membaca atau sedang mendengar al-Quran
  11. Makruh membaca al-Quran ketika mengantuk
  12. Di galakkan membaca "sadaqallahulazim" setelah selesai membaca.
Wahai sahabat-sahabat semua peruntukkan lah masa setiap hari untuk membaca al-Quran. Sekiranya kita tidak mampu untuk membaca al-Quran satu juzuk setiap hari, bacalah sekadar kemampuan kita walaupun satu muka surat. Kita boleh memperuntukkan masa yang panjang untuk bercerita, membaca akhbar, menonton televisyen , tetapi kenapa tidak boleh memperuntukkan masa untuk membaca al-Quran walau dalam masa 15 minit daripada 24 jam yang Allah berikan kepada kita setiap hari . Yakinlah al-Quran adalah petunjuk, rahmat dan ubat yang paling mujarab untuk mengubat jiwa dan fizikal kita. Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment