SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN SYED NASIR ISMAIL

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Surau Ar-Rahman merupakan surau yang di bina untuk warga Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Nasir Ismail. Blog yang dibangunkan ini bertujuan untuk memberikan maklumat yang dapat dikongsikan kepada semua pengunjung blog ini mengenai surau Ar-Rahman serta aktiviti-aktiviti keislaman khususnya yang telah dijalankan di surau Ar-Rahman oleh pihak sekolah.


Saturday, October 31, 2009

BUKA HATI DAN MINDA

AKHLAK DAN ADAB DI DALAM MENGHAFAL ATAU MEMBACA AL-QURAN :

  1. Ikhlaskan niat semata-mata kerana Allah
  2. Suci dari hadas dan najis
  3. Di tempat yang bersih, suci dan patut untuk membaca al-Quran
  4. Mengambil al-Quran dengan tangan kanan atau kedua-duanya sekali
  5. Mengadap kiblat dengan khusyuk
  6. Mulutnya bersih dari sebarang makanan atau minuman
  7. Dimulakan dengan isti'azah
  8. Paling utama dibaca dengan tartil (membaca al-Quran dengan perlahan penu tawadduk dan menghayati isi kandungannya)
  9. Jika menjumpai ayat-ayat yang mengandungi amaran dab ancaman hendaklah rasa berdosa sehingga beristighfar dan memohon ampun kepadaNya dan apabila menjumpai ayat-ayat yang menjelaskan rahmat atau pahala hendaklah mengharapkannya

No comments:

Post a Comment