Pembinaan surau diilhamkan oleh bekas pengetua sekolah yang ke-8 iaitu Tn. Hj. Shamsudin Bin Hj. Ali pada tahun 1997. Kawasan surau ini berkeluasan 70 kaki x 56 kaki dan terletak bersebelahan dengan bangunan PGR. Surau ini dapat memuatkan 800 pelajar dalam satu masa.
Dalam usaha pembinaan surau ini, pelajar digalakkan menderma sebanyak RM 24 setahun manakala guru pula sebanyak RM 120 setahun. Kutipan derma mencapai RM 120 000. Selain itu, sumber sampingan untuk pembinaan surau ini adalah daripada kutipan derma dari sekolah-sekolah seluruh Malaysia, permohonan sumbangan melalui wakil-wakil rakyat dan ahli parlimen. Menteri Besar Johor juga turut menyumbangkan RM 30 000 bagi menyokong usaha murni sekolah menyediakan kemudahan surau yang lebih selesa.
Kos keseluruhan pembinaan surau adalah sebanyak RM 191 918. Projek pembangunan surau ini bermula pada 2 November 1997. Pada awalnya, kos pembinaan menelan belanja sebanyak RM 126 913, tetapi pihak sekolah terpaksa menambah kos sebanyak RM 50 000 berikutan kontraktor telah menarik diri dan projek terpaksa ditawarkan kepada kontraktor yang lain.
Surau ini di bina berikutan penambahan bilangan pelajar yang semakin meningkat. Selain itu, surau ini dapat memberi kemudahan kepada warga sekolah untuk menjalankan aktiviti bercorak keislaman dengan lebih baik. Antara aktiviti yang telah dijalankan di surau adalah seperti Program Tadarus Al-Quran, Majlis Maulidur Rasul, Solat Hajat, Penghayatan Ramadhan dan lain-lain lagi.
Keistimewaan surau ini ialah dari segi keluasannya yang lebih besar berbanding dengan surau yang lama yang agak sempit dan menyediakan kemudahan PA sistem yang menyeluruh. Selain itu, surau ini merupakan 100% usaha sekolah tanpa menerima bantuan daripada Kementerian Pendidikan.
Surau yang di beri nama Ar-Rahman ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Hj. Abdul Kadir Anuar yang merupakan Pengerusi Hal Ehwal Islam Negeri Johor pada 25 April 1995. Pihak sekolah memanjatkan rasa kesyukuran kerana dengan terbinanya surau ini, pihak sekolah dapat menjaga kepentingan pelajar muslim di sekolah ini khasnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment