SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN SYED NASIR ISMAIL

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Surau Ar-Rahman merupakan surau yang di bina untuk warga Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Nasir Ismail. Blog yang dibangunkan ini bertujuan untuk memberikan maklumat yang dapat dikongsikan kepada semua pengunjung blog ini mengenai surau Ar-Rahman serta aktiviti-aktiviti keislaman khususnya yang telah dijalankan di surau Ar-Rahman oleh pihak sekolah.


Tuesday, September 1, 2009

SEJARAH PENUBUHAN SEK. MEN. KEB. TUN SYED NASIR ISMAIL

Sekolah Menengah Kebangsaan Majidee Baru ditubuhkan pada tahun 1970. Oleh kerana bangunan kelas belum siap sempurna, pelajar-pelajar terpaksa menumpang di Sekolah Rendah Kebangsaan Air Molek, Johor Bahru. Lambang bendera dan cogankata sekolah “Berilmu, Berbahasa, Berjasa” direka oleh En. Mohd Salleh Bin Mohamed. Lagu sekolah yang berjudul “Berilmu, Berbahasa, Berjasa” pula dilhamkan oleh En. Ahmad Bin Hisham.
Sekolah Menengah Kebangsaan Majidee Baru dibuka secara rasmi pada tahun 1981 oleh Y.B. Dato’ Musa Hitam, Menteri Pendidikan Malaysia. Koperasi sekolah telah ditubuhkan pada tahun 1983 dan dijadikan sebagai badan pertubuhan yang berdaftar.
Pada tahun 1990, projek pembinaan dua blok bangunan tiga tingkat mula dijalankan. Surau al-Rahman yang telah dibina dengan lebih besar dan lebih selesa dirasmikan oleh Y.B Tuan Hj Mohd Ali BiD Hassan. Blok Budi dan Blok Bahasa dirasmikan oleh Y.B Dato’ Syed Hamid Albar Bin Syed Jaafar Albar dengan jayanya pada tahun 1994.
Pada tahun 2002, kerja baikpulih sekolah telah dijalankan. Pagar-pagar dawai di sekeliling sekolah telah digantikan dengan tembok batu. Bilik khas untuk pengawal peselamatan sekolah telah didirikan berhampiran dengan pintu pagar utama sekolah. Bangunan sekolah juga diberi wajah baru. Longkang di kawasan sekeliling sekolah diperbesarkan.
Pada tahun 2003, keadaan kantin di Blok Ilmu dan Blok Jasa telah diperbaiki. Lantai-lantai dipasang dengan mozek. Kerusi yang diperbuat daripada batu dibina, kipas dan lampu dipasang serta siling yang lama diganti dengan siling yang baru. Tangga untuk laluan pelajar telah dibina berhampiran dengan koperasi sekolah untuk memudahkan pelajar untuk pergi ke surau.
Pada tahun 2006, SMK Majidi Baru telah ditukarkan nama kepada SMK Tun Syed Nasir Ismail. Kelulusan penukaran nama tersebut telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada 16 September 2006.
Sekolah Menengah Tun Syed Nasir Ismail telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Abdul Ghani Bin Othman, Menteri Besar Johor pada 23 Jun 2007 bersamaan 8 Jamadilakhir 1428.

No comments:

Post a Comment