SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN SYED NASIR ISMAIL

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Surau Ar-Rahman merupakan surau yang di bina untuk warga Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Nasir Ismail. Blog yang dibangunkan ini bertujuan untuk memberikan maklumat yang dapat dikongsikan kepada semua pengunjung blog ini mengenai surau Ar-Rahman serta aktiviti-aktiviti keislaman khususnya yang telah dijalankan di surau Ar-Rahman oleh pihak sekolah.


Thursday, September 3, 2009

PROGRAM SKOR ‘A’ PENDIDIKAN ISLAM SPM 2009

PENGENALAN

Pendidikan Islam merupakan matapelajaran teras yang mesti diambil oleh semua pelajar Islam di dalam peperiksaan SPM. Hampir keseluruhan calon SMK Tun Syed Nasir Ismail merupakan pelajar Islam dan jumlah calon hampir 394 orang. Program skor “A” yang telah dilaksanakan pada tahun lepas berjaya melebihi sasaran 17% yang ditetapkan.. Maka pada tahun ini disasarkan 20% untuk mendapar A dalam maatapelajaran Pendidikan Islam. Diharapkan dengan program yang dirancang ini boleh membantu pelajar yang bertahap sederhana mencapai keputusan yang lebih cemerlang.

MATLAMAT

Mencapai keputusan cemerlang di dalam matapelajaran Pendidikan Islam dengan pencapaian 20% mendapat 1A dan 2A.

OBJEKTIF

1. Membantu calon SPM mencapai kecemerlangan dalam matapelajaran Pendidikan Islam
2. Mendedahkan kepada pelajar teknik yang betul menjawab soalan SPM Pendidikan Islam
3. Mengetahui dan menguasai tajuk-tajuk pilihan.
4. Sentiasa bersedia untuk menghadapi peperiksaan dengan yakin dan bersemangat jitu.
5. Memiliki dan mempamerkan sahsiah mulia dalam kehidupan seharian

JANGKA MASA

Satu hari 12 Ogos 2009

SASARAN

Pelajar 5 UM, 5 UKM, 5 USM, 5 UPM, 5UTM, 5UUM

SUMBER TENAGA

Semua guru Pendidikan Islam

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : Pn. Hjh Minati bt Hamir (Pengetua)
N. Pengerusi : En. Ishak b. Mohd Nor (GPK 1 )
N. Pengerusi 2 : Pn. Rosita bt Manas (GPK HEM)
N. Pengerusi 3 : En. Abu Bakar b. Kutty (Penyelia petang)
Penyelaras : En. Nazaruddin b. Abu Talib (Ketua Bidang Sains Sosial)
Setiausaha : Pn. Nabilah bt Jaafar (Ketua Panitia Pendidikan Islam)
Pendaftaran : Cik Faridah bt Mohamed &Pn. Norhayati bt Abd Rahman
Persediaan : Ust. Mohd Shahrol b. Ali
Kawalan pelajar : Semua guru Pendidikan Islam
Makanan dan minum: Pn. Nabilah bt Jaafar
Bahan : Pn. Hafizoh bt Abd Rashid

No comments:

Post a Comment