PENGENALAN
Pendidikan Islam merupakan matapelajaran teras yang wajib diambil oleh semua pelajar Islam dalam PMR. Oleh kerana semua pelajar SMK Tun Syed Nasir Ismail terdiri dari pelajar-pelajar Islam maka sewajarnyalah lebih ramai pelajar yang boleh mendapat A dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.Program Skor “A” yang telah dijalankan pada tahun lepas telah berjaya meningkatkan jumlah pelajar yang mendapat A daripada 96 orang kepada 123 orang. Dalam peperiksaan PMR 2008, 123 orang mewakili 23.25%, telah berjaya mmencapai target yang ditetapkan iaitu 20%. Pada tahun ini Panitia Pendidikan Islam mensasarkan 25% pelajar mendapat A dalam matapelajaran Pendidikan Islam. Oleh itu, pada tahun ini Panitia Pendidikan Islam merancang untuk meneruskan program kecemerlangan Pendidikan Islam bagi meningkatkan jumlah pelajar yang mendapat A dan seterusnya mengecilkan jumlah pelajar yang gagal.
MATLAMAT
Memperolehi keputusan A (cemerlang) sebanyak 25% atau 130 orang daripada jumlah pelajar yang mengambil matapelajaran Pendidikan Islam.
OBJEKTIF
1. Menguasai teknik menjawab peperiksaan selari dengan format yang sebenar LPM.
2. Membimbing calon PMR melakukan strategi berkesan dalam menghadapi kertas Pendidikan Islam
3. Mampu menjana mental, fizikal dan jiwa secara bersepadu untuk capai kejayaan gemilang.
4. Sentiasa bersedia untuk menghadapi peperiksaan dengan yakin dan bersemangat jitu.
5. Memiliki dan mempamerkan sahsiah mulia dalam kehidupan seharian.
TARIKH
21 Julai 2009
SASARAN
Kelas pertama Terbaik ( 3 UM, 3 UKM, 3 USM, 3UIA,3UPM)
SUMBER TENAGA
Guru-guru Pendidikan Islam SMK Tun Syed Nasir Ismail
AHLI JAWATANKUASA PROGRAM
Pengerusi : Pn. Hjh Minati bt Hamir (Pengetua)
N. Pengerusi : En. Ishak b. Mohd Nor (GPK 1 )
N. Pengerusi 2 : Pn. Rosita bt Manas (GPK HEM)
N. Pengerusi 3 : En. Abu Bakar b. Kutty (Penyelia petang)
Penyelaras : En. Nazaruddin b. Abu Talib (Ketua Bidang Sains Sosial)
Setiausaha : Pn. Nabilah bt Jaafar (Ketua Panitia Pendidikan Islam)
Pendaftaran : Pn Anisa Md .Arshad & Pn. Wan Ruhaida bt Wan Taib
Persediaan tempat : Pn. Alizah bt Shaari
Kawalan Pelajar : Ust. Khairul Abidin b. Basir, Ust. Ahmad Jazim b. Jaapar & Cik Noraini bt Zakaria
Penceramah :Pn. Norhayati bt Abd Rahman
Thursday, September 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment