AKHIRAT LEBIH UTAMA DAN LEBIH KEKAL
Kenapa akhirat perlu lebih utama untuk disegerakan dan diperbanyakkan amal berbanding amal dunia kerana akhirat lebih kekal dan lebih agung.
Allah berfirman dalam surah an-Nisa : 77, bermaksud , "Katakanlah kesenangan di dunia ini adalah sebentar dan akhirat itu lebih baik untuk orang yang bertakwa.".
Allah juga berfirman dalam surah al-anaam:32 bermaksud, "Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Sungguh kehidupan akhirat itu lebih baik bagi orang-orang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya."
Tersebut sebuah kisah. Jabir meriwayatkan: Nabi S.a.w berjalan di pasar dan orang-orang mengiringi baginda. Baginda melihat bangkai seekor kambing bertelinga pendek. Lalu baginda meraih dan memegang telinga kambing itu seraya berkata:"Adakah di antara kamu yang mahu membeli ini dengan harga satu dirham?". Demi Allah, kalau kambing ini masih hidup, tentu keadaannya cacat kerana telinganya pendek. Apa lagi, ia sudah menjadi bangkai?'jawab mereka. Rasulullah s.a.w bersabda: Demi Allah sesungguhnya dunia lebih hina di sisi Allah daripada ini."(HR Muslim, Abu Daud dan Ahmad)
Oleh itu, mari kita muhasabah diri kita. Apakah yang ada dalam hati kita, kesenangan dunia atau kebahagiaan berkekalan di akhirat.





No comments:
Post a Comment