Alhamdulillah telah berlangsung sambutan maulidurasul peringkat sekolah pada 1 Feb 2013. Majlis berjalan dengan lancar. Program telah bermula pada jam 8.15 pagi. Sebelum majlis dimulakan pelajar telah diberikan sarapan pagi dengan roti dan air mineral. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Pn Hajah Khayaton bt Taib pengetua SMK TSNI dan telah dirasmikan oleh pengerusi PIBG sekolah Tuan Hj Karim b. Wagiman.
Selepas ucapan perasmian, kumpulan marhaban pelajar diketuai oleh Yusof telah membuat persembahan . Selesai persembahan marhaban telah diikuti dengan ceramah oleh Ust Zulrahim . Ceramah yang disampaikan telah berjaya menarik perhatian pelajar untuk mengikuti ceramah sehingga akhirnya. Ceramah yang disampaikan oleh Ust Zulrahim telah mengajak para hadirin untuk mencintai Rasulullah serta berusaha mengamalkan sunnahnya.
Setelah selesai ceramah , persembahan kedua diteruskan, iaitu persembahan multimedia, sajak dan persembahan nasyid. Akhir sekali pelajar telah diberi jamuan makan pada jam 11.15 pagi.
Terimakasih pada guru-guru yang yang telah menyumbang tenaga serta tidak dilupakan juga guru-guru yang menyumbang lembu dan kambing untuk tujuan akikah, moga Allah memberi ganjaran yang setimpal kepada kalian semua.





No comments:
Post a Comment