SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN SYED NASIR ISMAIL

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Surau Ar-Rahman merupakan surau yang di bina untuk warga Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Nasir Ismail. Blog yang dibangunkan ini bertujuan untuk memberikan maklumat yang dapat dikongsikan kepada semua pengunjung blog ini mengenai surau Ar-Rahman serta aktiviti-aktiviti keislaman khususnya yang telah dijalankan di surau Ar-Rahman oleh pihak sekolah.


Tuesday, August 14, 2012

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PENYAMPAIAN PAKAIAN HARI RAYA

TARIKH : 10 OGOS 2012
HARI      :  JUMAAT
TEMPAT : DEWAN SMKTSNI

          Alhamdulillah, Panitia Pendidikan Islam dan Unit Dakwah SMKTSNI telah berjaya melaksanakan Majlis Khatam Al-Quran  dan Penyampaian Bantuan Pakaian Hari Raya kepada pelajar miskin pada 10 Ogos yang lepas. Majlis Khatam al-Quran yang diadakan itu sempena dengan Tadarus al-Quran yang telah dijalankan setiap hari sepanjang bulan Ramadan. Bilangan pelajar yang terlibat sepenuhnya dengan tadarus al-Quran ialah seramai 80 Orang. Antara kelas yang terlibat ialah pelajar kelas KAA, 4UM, 5UM dan beberapa kelas yang lain. Pelajar yang terlibat dengan tadarus telah diberikan cenderahati berupa buku dan sedikit duit Raya.







           Bantuan pakaian Hari Raya untuk pelajar miskin telah diberikan kepada seramai 160 pelajar sesi pagi dan petang. Pihak sekolah telah membelanjakan lebih RM6000 untuk membeli pakaian tersebut. Sumber kewangan  untuk mmembeli pakaian tersebut adalah hasil kutipan dari  warga TSNI, PIBG dan Alumni SM Majidi Baru(1981-1983). Bantuan pakaian tersebut telah disampaikan oleh  Hjh Khayaton Pengetua SMKTSNI, Pn Rosita bt Manas PK HEM dan Tuan Haji Karim b. Wagiman Pengerusi PIBG sekolah. Terimakasih kepada semua yang telah menyumbangkan wang serta tenaga bagi menjayakan program tersebut. Moga Allah melipatgandakan ganjaran pahala kita di bulan yang penuh keberkatan ini.

No comments:

Post a Comment