Pada 28 Jun 2010 surau Ar-Rahman telah menerima kunjungan seramai 12 orang guru-guru Pendidikan Islam sekolah rendah dan dan menengah daerah Kulai untuk berkongsi pengalaman dan maklumat dengan guru-guru Pendidikan Islam SMKTSNI bagi membangunkan surau al-Hakim.Sebagaimana yang telah sedia maklum bahawa surau Ar-Rahman telah menerima anugerah Surau al-Hakim pada tahun 2009. Oleh itu dengan kedatangan mereka ke surau ini diharap dapat membantu mereka membina dan membangunkan surau sekolah yang lebih baik dan cemerlang.Antara yang dikongsi ialah aktiviti yang dijalankan, fail-fail pengurusan serta cara untuk mendapatkan dana surau.
Lawatan bermula 12.30 tengahari sehingga 3.00 petang. Terimakasih kepada semua atas kesudian melawat surau kami.Semoga ianya bermanfaat.
No comments:
Post a Comment