MUKADDIMAH :-
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan .”
At Tahrim 66:6
Pelajar merupakan aset utama kepada negara bagi menerajui tunggak kepimpinan negara. Pelajar yang diharapkan dalam kontek Islam adalah pelajar yang mampu memikul amanah selari dengan syariat Islam. Oleh sebab itu, para pelajar diperingkat remaja ini perlu didedahkan dengan peranan dan tanggungjawab serta memerlukan kemahiran dan semangat motivasi untuk cemerlang dari sudut aqidah, ibadah, akhlak dan ilmu pengetahuan.
OBJEKTIF
a. Meningkatkan motivasi pada diri pelajar.
b. Membimbing para pelajar dalam mengenal tanggungjawab sebagai seorang anak, pelajar, sahabat , ahli masyarakat dan hamba Allah.
c. Membentuk pelajar yang mempunyai sahsiah yang seimbang dan bersepadu dalam segenap aspek.
d. Membimbing pelajar menghargai diri dan menanam semangat jati diri dalam jiwa mereka.
TARIKH
18 JUN 2009 – 2-00 – 6.00 ptg
3 JULAI 2009- 8.00- 12.00 tghri
AKTIVITI
Ceramah
PENCERAMAH
Penceramah daripada Batu Pahat dan mempunyai kepakaran dalam bidang berkaitan dan berpengalaman luas mengendalikan kes remaja di Pejabat Agama Johor
PENUTUP
Adalah diharapkan dengan program ini akan melahirkan pelajar yang memiliki sahsiah yang cemerlang dan berakhlak mulia. Semoga Allah menempatkan kita dalam golongan yang diredhai dan semoga amalan yang kecil ini akan menempatkan kita dalam golongan orang yang bertaqwa.
Thursday, September 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment