SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN SYED NASIR ISMAIL

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Surau Ar-Rahman merupakan surau yang di bina untuk warga Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Nasir Ismail. Blog yang dibangunkan ini bertujuan untuk memberikan maklumat yang dapat dikongsikan kepada semua pengunjung blog ini mengenai surau Ar-Rahman serta aktiviti-aktiviti keislaman khususnya yang telah dijalankan di surau Ar-Rahman oleh pihak sekolah.


Wednesday, September 2, 2009

MAJLIS PENYERAHAN TAKLIF

Anjuran

Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim

Rasional

Menyedarkan pelajar SMKTSNI tentang tanggungjawab sebagai hamba Allah yang mukallaf terhadap dosa-dosa yang ditanggung mereka serta mengeratkan lagi hubungan mereka dengan ibu bapa mereka.

Objektif

3.1 Melahirkan pelajar yang sentiasa menghayati perintah Allah
3.2 Melahirkan pelajar yang bertanggungjawab kepada diri, keluarga, bangsa , negara dan agama
3.3 Membentuk pelajar yang sabar, tabah dan ikhlas dalam ibadah
3.4 Melahirkan pelajar berakhlak mulia
3.5 Menjalin hubungan baik di antara guru , ibu bapa dan masyarakat
3.5. Melahirkan pelajar yang beriman, bertakwa dan berwawasan

Tarikh

10 Januari 2009

No comments:

Post a Comment