Tahniah diucapkan kepada pelajar tingkatan 1 yang telah mendaftarkan diri di SMKTSNI pada tahun 2013. Selamat menjadi warga sekolah ini. Pihak sekolah sangat mengambil berat untuk membentuk pelajar yang cemerlang sahsiah, akhlak serta dalam bidang akademik pelajar. Oleh itu setiap tahun, pihak sekolah mengada program majlis taklif bagi pelajar tingkatan 1 dalam usaha membentuk pelajar yang cemerlang.
Majlis taklif, adalah majlis penyerahan tanggungjawab daripada ibubapa kepada anak-anak, bagi menyedarkan anak-anak bahawa mereka ada tanggungjawab terhadap Allah, Rasul dan ibubapa yang mesti ditunaikan..Atur cara majlis seperti berikut:
7.30-8.00 pg : Pendaftaran
8.00-8.30 pg : Majlis perasmian oleh Wakil PIBG
8.30-10.30 pg : Ceramah ibubapa dan anak-anak dibuat secara berasingan
10.30-11.00 pg : Rehat
11.00-12.00 tgh : Majlis taklif
Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Sambutan daripada ibubapa pada tahun ini sangat menggalakkan dengan kehadiran melebihi 250 orang ibubapa serta kehadiran pelajar seramai 200 orang. Diharapkan dengan tips yang disampaikan oleh penceramah dapat membantu ibubapa mendidik anak-anak pada zaman siber ini dan membantu anak-anak untuk mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat. Ceramah telah disampaikan oleh Ust Norhashim dan Ust Abd Halim.
Ceramah ibubapa telah dijalankan di dalam surau Ar-Rahman dan ceramah untuk pelajar telah dijalankan di dalam dewan. Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Ustaz Norhashim di dewan sekolah. Majlis penyerahan ini telah disempurnakan dengan rasa penuh kesedaran dan keinsafan.
Tahniah dan terimakasih kepada semua guru yang telah mengorbankan masa dan tenaga untuk menjayakan program ini, moga segala usaha kita diberkati Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment