TIPS : BUKTI CINTAKAN ALLAH
1. Sentiasa mengingati Allah setiap masa, keadaan dan situasi. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah : 165 yang bermaksud : " Orang-orang beriman itu sangat kuat cintanya kepada Allah"
2. Cintai dan ikuti sunnah Rasulullah SAW kerana ia adalah prasyarat utama mencintai Allah. Allah berfirman dalam surah Ali Imran : 31 yang bermaksud : " Katakanlah jika kamu benar-benar mencintai Allah, maka ikutilah daku (Rasulullah SAW) nescaya kamu akan dicintai Allah"
3. Sentiasa memperbanyakkan amalan-amalan sunat. Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah berfirman, mafhumnya : " Sentiasalah hamba-Ku berada dalam keadaan mendekatkan diri kepada-Ku dengan amalan-amalan sunat (nawafil) sehinggalah Aku mencintainya".(Riwayat al-Bukhari)
4. Menjaga solat witir kerana ia merupakan bukti kejujuran cinta kepada Allah. Fudhail b. Iyadh berkata, Allah berfirman yang bermaksud: "Seorang hamba yang mengaku mencintai-Ku tidaklah jujur kalau dia tidur lantas melupakan-Ku tatkala malam".
5. Menjaga hubungan dengan ibubapa kerana keredaan Allah terletak pada keredaan kedua-dua ibubapa dan kemurkaan Allah juga terletak pada kemurkaan kedua-duanya.
6. Bersahabat dengan Al-Quran dan sentiasa membaca dan menghayati ayat-ayatnya kerana al-Quran umpama warkah ayat-ayat cinta-Nya buat kita.
7. Sentiasa tertunggu-tunggu panggilan azan dan solat fardu. Umpama menunggu pangghilan daripada seorang kekasih, sudah tentu panggilan azan akan membuatkan kita seolah-olah "ketagih" untuk mendengarnya semula kerana ia umpama panggilan Allah buat kita.
8. Doa cinta Allah sebagaimana diamalkan oleh Rasulullah SAW bermaksud : " Ya Allah Aku memohon cinta-Mu dan cinta mereka yang mencintai-Mu serta mencintai segala amalan yang mendekatkan diriku kepada cinta-Mu".
Petikan dari Majalah Gen Q: isu no 14
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment