Tarikh : 11 November 2011
Tempat : Dewan Tun Syed Nasir Ismail
Majlis mohon restu pada tahun ini diadakan agak berlainan dengan majlis yang lalu. Malis mohon restu dimulakan dengan menunaikan solat hajat bersama-sama dengan ibu bapa dan diikuti dengan bacaan tahlil ringkas. Solat Hajat dan bacaan tahlil dibimbing oleh Ust Mohd Shahrol b. Ali. Bilangan ibubapa yang hadir seramai 50 orang. Kesanggupan ibubapa untuk hadir bagi menunaikan solat hajat amat membanggakan pihak sekolah.
Setelah membaca tahlil ringkas, ceramah motivasi telah disampaikan oleh Ust Rasyid dari Ilham Murni. Dalam ceramah yang disampaikan kepada pelajar-pelajar, Ustaz mengingatkan agar menghormati ibubapa dan guru serta memohon ampun dari mereka sebelum menjelang peperiksaaan. Pelajar diminta terus untuk memohon restu dari ibubapa yang turut hadir dalam majlis tersebut.
Majlis turut diisi dengan ucapan kata-kata semangat dari Pengerusi PIBG iaitu En. Karim b. Wagiman serta Pengetua SMK Tun Syed Nasir Ismail Pn. Hjh Minati bt Hamir.. Majlis berakhir dengan pelajar memohon restu dari guru-guru dan ibubapa yang pulang dibekalkan dengan sedikit makanan yang dibungkus. Majlis berakhir pada jam 10.40 pagi. Semoga pelajar SPM pada tahun ini mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan yang mereka hadapi. Amin.
No comments:
Post a Comment