Apabila kita menyebut mengenai cinta dan kasih sayang, sememangnya menjadi fitrah manusia untuk mencintai dan dicintai. Manusia sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapat cinta dan kasih sayang manusia walau pun kadang kala cinta yang dihamburkann itu hanya kepura-puraan sahaja. Kita sebagai hamba Allah sering lupa bahawa cinta yang abadi dan sejati adalah cinta dan kasih sayang Allah.
Allah ada berkata dalam sebuah hadis qudsi bermaksud : "Hamba-hamba-Ku sentiasa menghampirkan diri kepada-Ku dengan amalan-amalan sunat sehingga aku mengasihinya"(HR Bukhari) Maka sangat beruntunglah sesiapa yang berjaya mendapat kasih sayang Allah dalam hidupnya, kerana mereka yang mendapat kasih sayang Allah akan memperolehi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud : "Apabila Allah menyayangi hamba-Nya, Dia akan memanggil malaikatb Jibril lalu berkata, 'Sesungguhnya Allah mengasihi sipolan, maka perlu kamu semua kasih kepadanya.'Lalu ia dikasihi oleh malaikat, kemudian diperkenankan untuknya dibumi" (HR Bukhari) . Bagaimana mendekatkan diri kepada Allah bagi mendapat kasih sayang dan reda Allah? Antaranya ialah :
- Perlu mempelajari bagaimana mencari ganjaran pahala yang banyak dari Allah.
- Jika kita boleh merancang untuk kebahagiaan hidup didunia maka begitulah juga kita patut merancang untuk kebahagiaan di akhirat yang merupakan tempat yang kekal untuk kita hidup.
- Perlu mengetahui apakah amalan yang utama dan ganjaran pahala yang besar serta cara memperolehinya. Contohnya, berpuasa di bulan syawal mendapat pahala seperti berpuasa setahun, pahala beribadah di malam lailatul qadar menyamai beribadah seribu bulan.
- Mestilah kita banyak berdamping dan rapat dengan orang yang sering melakuka kebaikan agar kita boleh mencontohinya dan dia boleh mengingatkan kita untuk beribadah serta berbuat kebaikan.
- Kita perlu sentiasa berubah ke arah yang lebih baik. Dalam kehidupan kita sentiasa berusaha untuk up grade kualiti hidup kita, dari rumah kecil kita hendakkan rumah yang lebih besar, dari kereta yang kecil kita mahukan kereta yang lebih besar. Bagaimana pula dengan ibadah kita, adakah kita sentiasa ingin menaik tarafkan amal kita .
Apa pun semua yang dinyatakan di atas hendaklah di dasari dengan niat yang ikhlas kerana Allah untuk mencari redaNya. Ayuh mari kita mulakannya dari sekarang untuk mendapat kasih sayang dan cinta Allah serta jangan kita menangguhkannya lagi kerana kita tidak tahu bila Allah akan menjemput kita.
No comments:
Post a Comment