SAW
Sifat marah adalah sifat semulajadi manusia. Tetapi apabila kemarahan tidak boleh dikawal maka kita akan dapat melihat seorang bapa boleh menyiram asid ke atas anak, seorang suami tidak sedar telah melafazkan cerai terhadap suami, seorang guru kemungkinan boleh mengeluarkan kata-kata yang tidak enak untuk di dengar. Oleh itu mari kita selami dan pelajari bagaimana untuk mengawal sifat marah.
Dari Abu Hurairah R.A bahawasanya ada seorang telah berkata kepada Nabi SAW:"Berpesanlah kepada ku! Jawab baginda : Jangan marah! Orang itu mengulang lagi beberpa kali minta dipesani, maka bginda masih tetap berkata : Jangan marah !" (Riwayat Bukhari)
Sabda RAsulullah SAW bermaksud : Tunjukkanlah saya suatu amalan yang bakal menyebabkan saya dapat masuk syurga. Bersabda Rasulullah SAW : Jangan marah ! Nescaya engkau akan masuk syurga"
Kenapa begitu jaminan Rasulullah. Ini kerana marah adalah pembuka jalan bagi syaitan untuk menundukkan manusia serta boleh merendahkan akhlak manusia. Apabila marah tidak boleh dikawal akan menyebabkan hilangnya rasa hormat manusia terhadap diri. Rasulullah adalah contoh yang terbaik dalam mengawal kemarahan. Baginda tenang apabila dibaling dengan batu oleh penduduk Thoif. Baginda boleh memaafkan Hindun bt Utbah yang telah merobek jantung Hamzah bapa saudaranya ketika perang Uhud.
Berkata Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni : Sesungguhnya penawar bagi orang marah, sedih, kecewa dan dukacita adalah 5 cara :
- Kawallah kemarahanmu
- Sejukkan anggotamu(dengan siraman wuduk)
- Duduklah dari berdiri, dan baringlah dari duduk
- Diam dari berbicara
- Perbanyakkan mengingati ganjaran menahan amarah yang dijanjikan Allah bagi mereka yang bersabar
Anda jangan silap faham! bukan membuang sifat marah tetapi MENGAWAL KEMARAHAN
No comments:
Post a Comment