SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN SYED NASIR ISMAIL

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Surau Ar-Rahman merupakan surau yang di bina untuk warga Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Nasir Ismail. Blog yang dibangunkan ini bertujuan untuk memberikan maklumat yang dapat dikongsikan kepada semua pengunjung blog ini mengenai surau Ar-Rahman serta aktiviti-aktiviti keislaman khususnya yang telah dijalankan di surau Ar-Rahman oleh pihak sekolah.


Thursday, December 2, 2010

KEM PEMANTAPAN SAHSIAH PELAJAR

Pengalaman pelajar menunaikan solat di dalam
hutan.


Diharapkan pelajar dapat memahami bahawa
mereka wajib menunaikan solat walau di mana mereka berada dan
dalam apa jua situasi.


Antara pelajar yang mengikuti kem




Sedang melakukan jungle trekking




Aktiviti indoor




Sedang melakukan permainan sungai berasid


Taklimat sedang disampaikan oleh Ustaz Rashid

TARIKH: 13-15 November 2010

TEMPAT : KEM SSV GELANG PATAH

PESERTA : PELAJAR TINGKATAN 1 DAN 2


Alahamdulillah pihak sekolah telah berjaya mengadakan Kem Pemantapan Sahsiah untuk pelajar tingkata 1 dan 2 yang bertujuan untuk membentuk pelajar mempunyai jati diri sebagai seorang muslim yang sejati. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah motivasi, bimbingan solat, riadah, penghayatan malam, survival, jungle trekking (solat di dalam hutan), survival cooking dan lain-lain lagi. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dengan dikendalikan oleh Ilham Murni Konsultan dan diiringi oleh beberpa orang guru secara bergilir antaranya Cikgu Izairi, Iqbal, Naqiuddin, Ustzh Noraini, U. Norhaslina, Norhidayu, Mazni dan Raihan.

Apa yang diharapkan oleh ibubapa dan guru selepas menghadiri program ini pelajar benar-benar berazam untuk berubah kepada yang lebih baik dan meninggalkan segala perbuatan negatif.


No comments:

Post a Comment