SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN SYED NASIR ISMAIL

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Surau Ar-Rahman merupakan surau yang di bina untuk warga Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Nasir Ismail. Blog yang dibangunkan ini bertujuan untuk memberikan maklumat yang dapat dikongsikan kepada semua pengunjung blog ini mengenai surau Ar-Rahman serta aktiviti-aktiviti keislaman khususnya yang telah dijalankan di surau Ar-Rahman oleh pihak sekolah.


Monday, December 27, 2010

BUKA HATI DAN MINDA

JAUHILAH MAKSIAT

Perbuatan maksiat yang dilakukan oleh manusia sebenarnya banyak mendatangkan keburukan kepada diri kita sendiri. Walaupun kadang-kadang kita rasakan bahawa perkara yang dilakukan itu adalah perkara biasa atau perkara kecil sahaja tetapi ingatlah di sisi Allah walai sebesar zarrah pasti akan dicatat dan akan di balas di akhirat.

Wahai teman-teman dan anak-anak pelajar semua, setiap apa yang kita lakukan mesti diingat bahawa perbuatan yang sedang kita lakukan itu adakah kita menabur benih ke syurga atau menabur benih ke neraka. Berikut adalah hasil dari perbuatan maksiat yang kita lakukan:

1. Seseorang akan terhijab (terdinding) dari Tuhannya kerana maksiat

" Sekali-kali tidak[1563], Sesungguhnya mereka pada hari itu benar-benar tertutup dari (rahmat) Tuhan mereka".

(maksud surah Al-Mutaffifin:15)

2. Maksiat akan menjauhkan seseorang itu dari Penciptanya kerana apabila buruk perbuatan seseorang hamba itu dia kan cenderung kepada berbueuk sangka.

3. Maksiat akan membuatkan pelakunya selalu bersedih.

4. Orang yang melakukan maksiat akan takut dan bingung.

5. Kehidupan akan menjadi susah.

6. Hati akan keras seperti batu. Sukar untuk menerima nasihat dan kebenaran.

7. Wajah akan menjadi hitam dan muram.

8. Menjadi sukar dan sulit dalam mendapat rezeki.

9. Akan dapat murka Tuhan, nilai imannya yang menurun dan mengalami musibah serta kesedihan.

"Sekali-kali tidak (demikian), Sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka."

Maksud surah al-Mutaffifin:14

Kesimpulannya, manusia memang tidak sunyi dari melakukan kesalahan dan kesilapan. Apa yang penting ialah kita sedar kesilapan yang dilakukan dan kita bersegera kembali kepada Allah memohon keampunan daripada Allah dan membanyakkan istighfar pada Allah. Semoga kita sentiasa dibimbing oleh Allah untuk melakukan kebaikan dan mentaati segala perintahNya.

No comments:

Post a Comment