SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN SYED NASIR ISMAIL

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Surau Ar-Rahman merupakan surau yang di bina untuk warga Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Nasir Ismail. Blog yang dibangunkan ini bertujuan untuk memberikan maklumat yang dapat dikongsikan kepada semua pengunjung blog ini mengenai surau Ar-Rahman serta aktiviti-aktiviti keislaman khususnya yang telah dijalankan di surau Ar-Rahman oleh pihak sekolah.


Friday, September 3, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA








Tarikh: 30 Ogos (Isnin)
Tempat: Surau Ar-Rahman

Alhamdulillah Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Badan Dakwah sekolah telah berjaya mengadakan majlis berbuka puasa, solat tarawih serta solat hajat dengan disertai oleh guru-guru serta pelajar tingkatan 3 dan 5. Kehadiran pelajar pada tahun ini sangat baik. Kehadiran pada hari tersebut ialah melebihi 500 orang. Hampir-hampir makanan tidak mencukupi kerana kehadiran diluar jangkaan. Apa pun tahniah kepada pelajar dan guru yang hadir.

Aturcara program :

5.00-5.30 ptg : Pendaftaran
5.30-6.00 ptg : Yasin dan tahlil
6.00-7.00 ptg : ceramah motivasi
7.00-7.30 ptg : Persiapan, berbuka dan solat maghrib
7.45-8.15 mlm: Makan malam
8-15-9.30 mlm : Solat Isyak, solat hajat dan solat tarawih
9.45: Bersurai

Sewaktu pendaftaran, pelajar diberi bungkusan makanan serta air mineral untuk dimakan sewaktu berbuka di dalam surau.Sebalum balik pelajar dibekalkan dengan bubur lambuk yang telah dimasak oleh Ustaz Jazim and the geng.Bubur pun tak cukup, hanya dapat 300 bungkus sahaja. Maaf jika ada yang tak dapat bawa bubur balik ke rumah. semoga Allah memberikan ganjaran yang setimpal atas kita semua.

No comments:

Post a Comment