SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN SYED NASIR ISMAIL

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Surau Ar-Rahman merupakan surau yang di bina untuk warga Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Nasir Ismail. Blog yang dibangunkan ini bertujuan untuk memberikan maklumat yang dapat dikongsikan kepada semua pengunjung blog ini mengenai surau Ar-Rahman serta aktiviti-aktiviti keislaman khususnya yang telah dijalankan di surau Ar-Rahman oleh pihak sekolah.


Monday, August 9, 2010

BUKA HATI DAN MINDA

REBUTLAH SEGERA TAWARAN ISTIMEWA BULAN RAMADAN

Firman Allah swt:

183. Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.

(maksud surah al-Baqarah :183)

Amalan pada bulan Ramadan:

1. Melakasanakan solat malam (tarawih) di sepanjang bulan ramadan. Dalam hadis ada menunjukkan bahawa Rasulullah melakukan solat sebanyak 11 rakaat termasuk witir, tetapi bagi yang ingin melaksanakan lebih dari itu maka lakukanlah kerana para sahabat ada melakukannya.

2.Membaca al-Quran. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Malaikat Jibril selalul datang menjumpai Rasulullah pada bulan Ramadan, lalu baliau membaca al-Quran untuk Rasulullah.Membaca al-Quran secara tartil dan menghayati maknanya adalah yang terbaik. Berusahalah untuk khatam al-Quran pada bulan ramadan walau pun sekali. Membaca al-Quran bersama orang lain juga adalah lebih baik berbanding membacanya secara sendirian.

3.Membanyakkan sedekah.Rasulullah adalah manusia yang paling banyak bersedekah pada bulan ramadan. Puasa menyeru kita memberi makan apada orang yang sedang kelaparan, memberi sebahagian rezeki kapada fakir miskin. Dalam sebuah hadis menyebut yang maksudnya:"Sesungguhnya Allah memiliki dua malaikat yang setiap pagi berdoa kepadanya.Salah satu dari mereka berdoa, 'Ya Allah. limpahkanlah rezekim pada orang yang berinfak' sedcangkan yang satu lagi berkata, 'Ya Allah, berikan kehancuran kepada orang yang tidak mahu berinfak'. Oleh itu peruntukkanlah sebahagian dari pandapatan kita untuk bersedekah agar dengan sedekah ini boleh menghapuskan dosa kita.

4. Qiamullail. solat malam yang dilakukan boleh menempatkan kita di tempat yang terpuji. Sabda Rasulullah bermaksud, "Orang-orang yang mengerjakan solat malam dengan penuh keimanan dan harapan, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu". Marilah kita sama-sama menghidupkan malam sepanjang bulan ramadan terutamnya pada sepuluh malam terakhir yang dijanjikan dengan malam lailatulqadar.

Wahai anak-anak, rakan-rakan, ibu-ibu dan bapa, marilah kita berlumba-lumba mengejar peluang dan tawaran istimewa Allah pada bulan ramadan ini. Elakkan diri dari melakukan maksiat dan dosa agar puasa kita diterima Allah. Jangan lupa dengan anak-anak kita ye, agar mereka juga menghayati ramadan.

No comments:

Post a Comment