Tuesday, July 13, 2010
CERAMAH KESALAHAN JENAYAH SYARIAH
Pada 9 Julai 2010, wakil daripada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Johor telah datang untuk menyampaikan maklumat mengenai jenayah syariah kepada pelajar-pelajar. Ceramah telah disampaikan oleh Ust Nasri b. Selamat selama 1 jam, bermula 8.30-9.45 pagi. Pelajar yang terlibat ialah daripada kelas 5UITM, 5UNIMAS, 5UMS, 5UMM, 5UNITEN, 4UMS, 4UMM, 4UNIMAS,4UPSI, 3UTP,3UMM, 3UNITEN,3UNIMAS DAN 3UPM. Ceramah ini sangat bermanfaat untuk mendedahkan kepada para pelajar mengenai jenayah syariah yang mungkin sebelum ini dianggap remeh oleh pelajar .
Sebarang aduan boleh dibuat dengan menghubungi no Aduan 07-2235610. Kesalahannjenayah yang boleh diambil tindakan ialah :
KESALAHAN JENAYAH SYARIAH :-
Ø Berjudi/Nombor ekor
Ø Minum arak
Ø Berzina
Ø Berkhalwat
Ø Berkelakuan tidak sopan
Ø Pondan
Ø Nikah tanpa kebenaran
Ø Akuan nikah palsu
Ø Poligami tanpa kebenaran
Ø Penceraian luar mahkamah.
Semoga dengan mengikuti ceramah yang disampaikan boleh menyedarkan pelajar mengenai tanggungjawab sebagai seorang muslim serta mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment