SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN SYED NASIR ISMAIL

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Surau Ar-Rahman merupakan surau yang di bina untuk warga Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Nasir Ismail. Blog yang dibangunkan ini bertujuan untuk memberikan maklumat yang dapat dikongsikan kepada semua pengunjung blog ini mengenai surau Ar-Rahman serta aktiviti-aktiviti keislaman khususnya yang telah dijalankan di surau Ar-Rahman oleh pihak sekolah.


Wednesday, July 14, 2010

BUKA HATI DAN MINDA

PANDUAN HINDARI ZINA


Perbuatan zina sebenarnya tidak mengenal usia. Semua golongan terdedah kepada perbuatan zina termasuklah remaja, orang dewasa dan tidak pelik juga orang yang telah berusia turut terjebak. Antara punca perbuatan zina ialah lemah iman, kurang ilmu dan kesedaran,meringan-ringankan dosa, pengaruh rakan serta dorongan hawa nafsu. Langkah pencegahan awal perlu diambil terlebih dahulu sebelum terjebak lebih jauh yang akan mengundang padah yang lebih teruk seperti kes pengguguran kandungan serta pembuangan bayi.

Antara langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan berlaku zina ialah:

1. Menuntut ilmu.Hadirilah majlis ilmu dan banyakkan membaca bahan yang boleh meningkatkan iman.

2. Amalkan ilmu.Ilmu yang banyak jika tidak diamalkan tidak akan mendatangkan sebarang faedah kepada seseorang.Berapa ramai orang yang tinggi ilmunya masih terlibat dengan perkara mungkar.

3.Dekati orang berilmu. Dekatilah mereka untuk mendapatkan nasihat serta pandangan mengenai sesuatu perkara.

4.Berusaha menjauhi dosa. Hindari dosa-dosa kecil yang membawa kepada kebiasaan melakukan dosa-dosa besar.

5. Menolak segala jalan yang membawa kepada menghampiri zina. Bermaksud menutup segala pintu yang boleh mendorong perbuatan zina seperti pergaulan bebas, memakai pakaian yang mmendedahkan aurat, mengawal mata dari memandang perkara yang haram dan jauhi tempat-tempat menimbulkan fitnah seperti karaoke, panggung wayang dan sebagainya.

6.Mengamalkan zikir. Hati yang sentiasa mengingati Allah akan menutup ruang syaitan untuk menggoda hati anak adam.

7.Bergaullah dengan orang yang baik-baik.Pilhlah sahabat yang boleh menegur kita apabila kita melakukan kesilapan serta tersasar dari landasan. Jangan cari sahabat yang boleh merosakkan kita.

8.Sibukkan diri dengan ibadah dan kerja kebajikan. Ya kesibukan ini akan menyebabkan kita lupa untuk berfikir perkara yang negatif.

Semoga dengan panduan ringkas ini dapat menyelamatkan kita pada gejala dosa besar ini.Nabi bersabda yang bermaksud :"Sesiapa yang berzina dan meminum arak, maka Allah akan mencabut iman daripada hatinya, sebagaimana orang yang melepaskan pakaian melalui kepalanya"(Riwayat al-Hakim)

No comments:

Post a Comment