Tuesday, June 29, 2010
CERAMAH "SAVE YOUR KIDNEY"
Pada hari sabtu 26 Jun 2010 telah diadakan ceramah mengenai kesedaran menjaga kesihatan buah pinggang. Ceramah telah disampaikan oleh wakil daripada Yayasan Buah Pinggang Malaysia.Program ini dihadiri oleh pelajar sebagai aktiviti kokorikulum.Bilangan pelajar yang hadir lebih kurang 400 orang.Ceramah ini sangat bermanfaat memberi kesedaran kepada semua warga SMKTSNI untuk menjaga buah pinggang agar tidak rosak. Antara carnya ialah dengan menjaga pemakanan, meminum banyak air dan melakukan riadah.
Komentar:Bersyukurlah kita kepada Allah kerana Allah memberi kepada kita kesihatan yang baik, oleh itu gunakanlah nikmat kesihatan ini untuk memperbanyakkan amal, membantu orang lain dan beribadah kepada Allah.Nikmat yang paling berharga selepas nikmat iman dan Islam ialah nikmat kesihatan yang baik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment