SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN SYED NASIR ISMAIL

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Surau Ar-Rahman merupakan surau yang di bina untuk warga Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Nasir Ismail. Blog yang dibangunkan ini bertujuan untuk memberikan maklumat yang dapat dikongsikan kepada semua pengunjung blog ini mengenai surau Ar-Rahman serta aktiviti-aktiviti keislaman khususnya yang telah dijalankan di surau Ar-Rahman oleh pihak sekolah.


Wednesday, May 19, 2010

BUKA HATI DAN MINDA

BANYAK BERTANYA

Seorang lelaki dikenali sebagai seorang yang sangat suka bertanya dan mempersoalkan sesuatu. Mungkin ia merasakan itu hanya sekadar suka-suka. Suatu hari dia bertanya kepada kawan-kawannya, "Kau rasa betul ke neraka itu tempat seksa yang paling dahsyat?"
"Memang dahsyat. Sangat panas. Api neraka berganda-ganda lebih panas dari api dunia. Kenapa kau tanya begitu?". "Syaitan dibuat daripada apa?" tanyanya lagi. "Eh tentulah daripada api! ". "Neraka pula?". "Neraka pun daripada api!". "Itulah persoalannya. Syaitan akan dimasukkan ke neraka. Dia daripada api, neraka juga daripada api... Kalau demikian apalah sakitnya, apalah seksanya," simpullelaki itu sambil mencemik.
Kawan-kawannya mula berfikir. Betul juga, terlintas begitu dalam hati mereka. " Apa kata kita jumpa Tok Imam untuk dapat pemjelasan,". " Aku rasa Tok Imam pun tak akan dapat menjawabnya," kata pemuda itu.
Mereka berjumpa Tok Imam dan mengemukakan soalan itu. Sejurus kemudian , Tok Imam mengambil ketul-ketul tanah dan membaling pemuda itu. Tok Imam terus membaling sehingga badan dan muka pemuda itu bengkak-bengkak. Tidak tahan dia pun lari. "Jangan lari. Jangan lari". "Inikah sikap Tok Imam? saya bertanya soalan, sebaliknya dibaling dengan ketul tanah!"
"Itulah jawapan saya. Saya membaling kamu dengan tanah, sepatutnya tak sakit. Kamu dicipta daripada tanah dan saya membaling kamu dengan tanah, apalah sakitnya....". " Oh sakit tuan". "Itulah yang akan dialami oleh syaitan di dalam api neraka nanti!".

Pengajarannya: Sekali-sekala orang yang degil perlu diajar dengan cara yang keras dan tegas. Kekadang jawapan dalam bentuk tindakan.... walaupun ada masanya sangat pahit tetapi lebih berkesan.

Petikan daripada majalah Solusi Isu No 19

No comments:

Post a Comment