Pada suatu pagi selepas solat subuh, Umar al-Khattab r.a mencari-cari Abu Bakar- setiap hari selepas solat subuh, Umar selalu melihat Abu Bakar r.a menuju ke salah satu sudut kota Madinah.- Umar tertanya-tanya apa sebabnya, mengapa Abu Bakar sering keluar?
Pada suatu hari, Umar mengikut Abu Bakar keluar. Abu Bakar terus berjalan, tiba-tiba dia memasuki sebuah perkhemahan terpencil di sana. Tatkala Abu Bakar r.a keluar, Umar masuk, tiba-tiba di dalam perkhemahan itu dia mendapati ada seorang orang tua yang buta bersama-sama anak kecilnya, maka Umar bertanya kepadanya: "Wahai hamba Allah, siapakah anda?" Orang tua itu menjawab:"Saya ialah orang tua yang buta, yang tinggal di perkhemahan ini, bapa kami sudah meninggal dan bersamaku anak-anak perempuan, sementara kami tidak mempunyai pemberi nafkah selain Allah s.w.t.
Umar bertanya lagi: "Siapakah seorang syeikh yang mendatangimu tadi."(si orang tua itu belum mengenalinya). Dia menjawab:"Syeikh itu tidak saya kenal, setiap hari dia datang, dia menyapu rumah kami". Maka Umar menangis, lalu dia berkata: "Wahai Abu Bakar! Kamu telah menyusahkan para khalifah yang sesudahmu nanti".
Pengajaran: Betapa merendahnya diri seorang pemimpin, sehingga orang yang dibantunya setiap hari tidak mengenali bahawa orang yang membantunya setiap hari itu adalah seorang khalifah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment