ADAB BERKENAAN MASJID
1. Ikhlas kerana Allah. Apabila seseorang menuju ke masjid, hendaklah berniat untuk beribadah kepada Allah bukan dengan niat untuk menunjuk-nunjuk.
2. Menuju ke masjid dengan sopan dan tenang.. Pastikan perjalanan menuju ke masjid tidak sepatutnya seperti gelak ketawa.
3. Menjaga pakaian dan perhiasan. Bagi jamaah lelaki hendaklah memakai bau-bauan dan memakai pakaian yang cantik serta kemas dan yang paling penting menutup aurat. Manakala jamaah perempuan dilarang berhias diri sehingga melanggar batas syariat serta menimbulkan fitnah.
4. Menjaga adab di dalam masjid. Umpamanya menjaga adab ketika bercakap, tidak mengganggu jamaah lain yang sedang beribadah. Apabila masuk ke dalam masjid niatlah untuk beriktikaf agar mendapat ganjaran pahala. Banyakkanlah berzikir mengingati Allah.
5. Tidak membuat perkara yang sia-sia. Contohnya mengumpat, menghisap rokok sementara menunggu waktu solat dan yang lebih menyedihkan ada orang ke masjid berniat untuk mencuri sama ada barang masjid atau barang-barang jamaah yang datang menunaikan solat.
6. Menanamkan rasa cinta terhadap masjid. Rasulullah ada menggambarkan dalam hadis baginda bahawa seseorang yang "meletakkan" masjid di hatinya akan dinaungi Allah SWT di akhirat kelak.
7.Memelihara kebersihan masjid. Kebersihan masjid adalah tanggungjawab semua orang yang mengunjunginya. Termasuklah menjaga kebersihan tandas, tempat wuduk, di dalam ruang tempat solat serta kawasan sekitar masjid.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment