TARIKH : 18 APRIL 2012
MASA : 2.00-3.15 PETANG
TEMPAT : SURAU AR-RAHMAN
Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan amali sembelihan untuk semua pelajar tingkatan 4 pada 18 April 2012 iaitu pada hari Rabu.
Selepas solat zohor semua pelajar tingkatan 4 berkumpul di dalam surau untuk mendengar taklimat daripada Ustaz Mohd Shahrol mengenai cara melakukan sembelihan. Selepas itu pelajar bergerak keluar secara berkumpulan seramai 10 orang. Setiap kumpulan diberi seekor ayam untuk disembelih. Selepas sembelihan dilakukan, pelajar membawa ayam tersebut kepada Ustazah Nabilah untuk dibersihkan isi perut ayam. Pelajar diminta untuk membersihkan sendiri dalam perut ayam. Seterusnya di bawa ke tempat merebus ayam untuk memudahkan pembuangan bulu ayam. Cikgu Aidit menjaga air panas untuk merebus ayam.
Setelah ayam dibersihkan, ayam dibungkus untuk dijuak kepada guru-guru. Sambutan dari guru-guru serta pelajar sangat menggalakkan. Antara guru yang membantu untuk menunjuk cara penyembelihan ialah En. Musa (Penolong Kanan Petang), En. Fadzly, Ust Jazim, En. Md. Amin, En Izzudin serta beberpa orang guru lain yang turut membantu pengawalan pelajar. Jumlah ayam yang disembelih sebanyak 40 ekor.
Semoga dengan mengadakan amali sembelihan ini boleh meningkatkan kefahaman pelajar mengenai cara penyembelihan yang betul serta cara memproses ayam sebelum boleh dimasak untuk dimakan.
No comments:
Post a Comment