SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN SYED NASIR ISMAIL

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Surau Ar-Rahman merupakan surau yang di bina untuk warga Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Nasir Ismail. Blog yang dibangunkan ini bertujuan untuk memberikan maklumat yang dapat dikongsikan kepada semua pengunjung blog ini mengenai surau Ar-Rahman serta aktiviti-aktiviti keislaman khususnya yang telah dijalankan di surau Ar-Rahman oleh pihak sekolah.


Sunday, March 4, 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL TSNI





TARIKH : 23 FEBRUARI 2012
TEMPAT : DEWAN TSNI

Alhamdulillah Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Badan Dakwah sekolah telah berjaya mengadakan program sambutan Mulidur Rasul peringkat sekolah. Semua pelajar sesi petang telah datang ke sebelah pagi untuk bersama-sama memeriahkan lagi program tersebut.

Pelajar mula berkumpul di dewan sekolah pada jam 7.15 pagi. Majlis dimulakan dengan bacaan yasin dan tahlil, kerana turut juga mengadakan majlis perpisahan Tuan Hj. Ishak b. Md Nor yang telah dinaikkan pangkat sebagai pengetua di SMK St Joseph. Selepas bacaan yasin dan majlis perpisan Tuan Hj . Ishak majlis berhenti rehat sebentar untuk memberi ruang kepada pelajar bersarapan.

Pada jam 9.00 pagi majlis Maulidurrasul dimulakan dengan tilawah al-Quran, berzanji, marhaban dan persembahan nasyid dari pelajar SMK TSNI. Selepas itu ceramah telah disampaikan oleh Ust Abd Halim b. Sarmin daripada Jabatan Agama Johor. Selepas cermah majlis di teruskan dengan menghayati teks Khutbah terakhir Rasulullah dan diakhiri dengan persembahan sajak yang sangat menyentuh jiwa dipersembahkan oleh Farina dari kelas 4UPM. . Majlis bersurai pada jam 12.00 tengahari setalah menikmati jamuan . Daging untuk jamuan telah disumbang oleh guru-guru yang melaksanakan akikah untuk anak masing-masing.

Kehadiran pelajar pada sambutan Maulidur Rasul ialah seramai 1300 orang. Semoga dengan majlis ini telah meningkatkan rasa cinta kita pada Rasulullah yang telah mengorbankan harta serta nyawa bagi memastikan risalah yang dibawa sampai kepada umatnya sehingga akhir zaman.

No comments:

Post a Comment