TARIKH : 26 februari 2011
MASA : 7.30 PG-12.00 TGHRI
TEMPAT : ASTAKA BANGUNAN BARU
SAmbutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah berjaya dilaksanakan dengan kehadiran pelajar hampir 1000 orang. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan tilawah al-Quran. Diikuti dengan persembahan berzanji dan marhaban. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Shahrulrizal b. Mohd Sati.
Ceramah yang disampaikan sangat menyentuh hati dan menyebabkan kita bertanya pada diri kita adakah kita benar-benar mengasihi Rasulullah sebagaimana kasih dan cintanya baginda kepada kita sebagai umatnya. Ya Rasulullah berikanlah syafaat mu pada hari dihisab segala amal kita. Untuk mendapatkan syafaat ini marilah kita mentaati segala perintahnya, mengamalkan sunnahnya serta membanyakkan selawat setiap hari. Berusahalah kita untuk lebih mengenali baginda agar kita lebih mencintainya melebihi cinta pada diri, keluarga dan harta kita kerana pada hari akhirat kelak bagindalah yang boleh memberi syafaat pada kita .
Khutbah terakhir Rasulullah juga turut disampaikan oleh Mohd Nur Ammar b. M. Assabri. Cerita yang disampaikan secara berirama oleh Farina dari tingkatan 3USM sangat menyentuh hati sehingga boleh mengalirkan airmata. Betapa agungnya cinta Rasulullah kepada kita. Perjalanan hidup baginda perlu kita hayati untuk dijadikan panduan dalam hidup kita.
Dalam majlis tersebut juga telah disampaikan anugerah khas Maulidur Rasul bagi setiap tingkatan;
Tingkatan 1 : Mohd Hafiz b. Mohd Yusof dan Maisarah bt Ahmad
Tingkatan 2: Mohd Nur Ammar b. M. Assabri
Tingkatan 3: Mohd Firdaus b. Rushdi dan Nur Hidayah bt Ismail
Tingkatan 4: Mohd Bilal Afizuddin b. Mohd Ayob dan Wan Fatehah b. Wan Muhammad
Tingkatan 5: Khairudin b. Wisli dan Siti Nur Fazilah bt Tumiran
Manakala anugerah Khas Alumni diterima oleh Mohd Syafiq dari 4UKM dan Mirfa Amirah bt Karim dari 5UM. Anugerah Khas Alumni Majidi Baru adalah sumbangan dari Alumni tahun 1994. Anugerah disampaikan oleh En. Anuar selaku wakil Alumni.
No comments:
Post a Comment