Beberapa pertandingan telah berjaya dilaksanakan sempena Minggu Penghayatan Islam. Busana Muslimah yang mendapat sambutan hangat dari pelajar sesi pagi dan petang telah dijalankan pada 28 Jan 2011 bersamaan Hari Jumaat. Manakala pertandingan tilawah, berzanji, hafazan, syaraha, azan dann tulisan khat dilaksanakan pada 29 Jan 2011 iaitu hari sabtu.
Pertandingan nasyid juga mendapat sambutan hangat daripada pelajar lelaki dan perempuan. Pihak penganjur menyediakan peralatan muzik yang boleh digunakan oleh peserta.
Banyak bakat baru yang telah berjaya dicungkil hasil dari pertandingan yang telah dibuat. Keputusan pertandingan serta penyampaian hadiah akan dibuat pada 14.2.2011. Tahniah kepada pemenang dan jangan berputus asa bagi yang kalah, insyaallah boleh mencuba lagi pada tahun hadapan.
No comments:
Post a Comment