yang disampaikan
ceramah tersebut.
Pada 30 April 2010 jam 7.30 pagi (Jumaat) telah diadakan ceramah Palestin di Surau Ar-Rahman. Ceramah ini diadakan dengan tujuan untuk menimbulkan kesedaran di kalangan pelajar sekolah mengenai tanggungjawab mereka untuk turut merasai perjuangan umat Islam di Palestin. Hasil daripada kesedaran ini adalah untuk membangkitkan kesediaan seluruh warga SMKTSNI untuk menyumbangkan wang derma untuk diberikan kepada saudara seIslam di Palestin.
Pelajar yang mengikuti ceramah ialah semua pelajar tingkatan empat berjumlah 350 orang bersama sebahagian daripada guru serta staff sokongan. Ceramah telah di sampaikan oleh Dr Baharudin b. Suri yang merupakan aktivis Haluan Palestin. Ceramah yang disampaikan telah menyedarkan warga sekolah mengenai penderitaan Umat Islam Palestin dan betapa mereka sangat memerlukan bantuan wang, makanan dan ubatan bagi meneruskan kehidupan mereka dan seterusnya membebaskan bumi Palestin dari cengkaman yahudi Israil.
Warga sekolah Tun Syed NAsir Ismail telah berjaya menyumbangkan wang sebanyak RM1350 kepada pihak Haluan Palestin. Sumbangan ini akan dihantar ke Gaza pada bulan Mei ini dalam misi Lifeline for Gaza dengan kerjasama dengan kerajaan Turki.
No comments:
Post a Comment