Hampir setiap hari terpampang di dada akhbar berita kes pembuangan bayi. Ada dijumpai di tepi sungai, di dalam tong sampah, ditepi pagar masjid, di hadapan pintu rumah dan di mana sahaja tempat hendak diletak bayi tersebut. Masyarakat menjadi lemas, ibubapa risau dan menimbulkan gundah gulana di dalam hati guru-guru terutamanya guru Pendidikan Islam. Itu yang dah terkorban, yang lahir dengan nama anak tak sah taraf berbelas ribu. Bayangkan apa akan terjadi pada masyarakat akan datang.
Siapakah yang bertanggungjawab untuk membenteras gejala ini. Sudah tentu kita tidak boleh menunding jari kepada orang lain melainkan kepada diri kita sendiri. Apa harus kita buat:
- Kalau kita sebagai ibubapa: Marilah kita kawal anak-nak kita, cemburuilah mereka, ambil tahu ke mana mereka pergi, siapa teman mereka, check hand phone mereka. Biar anak kita menangis hari ini jangan kita dan dia menangis di kemudian hari.
- Kalau kita sebagai jiran: Perhati dan ambil tahulah anak-anak jiran kita, beritahulah ibubapa mereka jika melihat sesuatu yang mencurigakan. Mungkin jiran kita bekerja hingga malam, mereka tidak tahu bahawa anak gadis mereka membawa lelaki masuk rumah, yang nampak kita sahaja, bertindaklah segera.
- Kalau kita seorang guru: Sebutlah dan ingatkatlah pelajar-pelajar kita setiap hari mengenai harga diri mereka, akibat perbuatan terkutuk itu, dan pembalasan Allah di akhirat kelak. Anak-anak ini terlalu mentah untuk membezakan perkara buruk dan baik. Mereka hanya memikirkan keseronokan akibat pengaruh sekeliling. Seawal sekolah rendah lagi perlu didedahkan kerana mereka lebih ke hadapan daripada kita yang kadang-kadang bulu roma kita boleh meremang apabila mendengar mereka bercerita
- Kalau kita seorang pemimpin: Gunakanlah kuasa yang ada pada kita untuk membuat dan melaksanakan peraturan yang boleh mencegah dahulu, melaksanakan program yang boleh menyedarkan orang yang di bawah mereka.
- Kalau remaja itu kita sendiri: Berkawanlah dengan orang-orang yang baik, bertakwa dan boleh menasihatkan kita, jangan tinggalkan solat, jagalah batas pergaulan, tutuplah aurat dengan sempurna, dengar nasihat orang tua, tambah ilmu agama dan banyakkanlah beribadah kepada Allah.
Kesimpulannya, semua orang mestilah melaksanakan amar makruf nahi mungkar, bukan kerja ustaz dan ustazah sahaj. Bertindaklah sekarang sebelum Allah menurunkan bala yang kepada kita semua.
No comments:
Post a Comment