Peringatan ini ditujukan kepada saya sendiri, pelajar-pelajar, rakan-rakan dan kepada semua umat Islam.
Antara faktor rosaknya akhlak remaja pada hari ini adalah kerana banyak mengisi masa pada perkara yang tidak berfaedah. Antara aktiviti yang tidak berfaedah yang dilakukan oleh remaja khususnya pada hari ini ialah melepak, clubing, pergaulan bebas, menonton video lucah, sms dengan pasangan dan banyak lagi. Minda anak-anak ini menjadi lemah akibat dari perbuatan di atas, Mereka menjadi malas untuk membaca bahan-bahan yang bermanfaat termasuklah malas mengulangkaji pelajaran, tidak berminat untuk membaca buku-buku agama yang boleh menambah iman dan amal mereka apatah lagi untuk berjinak-jinak dengan masjid dan majlis-majlis ilmu.
Siapakah yang berperanan untuk menyedarkan mereka? Ini tugas semua orang termasuklah ibubapa, guru-guru, jiran serta masyarakat. Bukan tugas guru agama sahaja. Sedarlah kita semua bahwa remaja kita akan menuju kehancuran pada masa akan datang jika kita tidak bertindak segera. kita renungi bersama maksud hadis Rasulullah :"Di antara kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan apa yangb tidak berguna baginya".
Satu lagi yang menarik untu kita renungi ialah diriwayatkan Abu Ubaidah dari al-Hasan yang berkata, "Di antara tanda-tanda berpalingnya Allah dari hambaNya adalah menjadikan kesibukan hamba itu berkisar pada hal-hal yang tidak berguna pada dirinya". Ya Allah Engkau jauhkan lah kami dari melakukan perkara yang sia-sia khususnya jauhkanlah kami dari melakukan perkara-perkara yang keji dan mungkar. Amin.
Akhir Kalam kita hayati maksud ayat Surah al-Mukminun ayat 1-3 :
1. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,
2. (yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya,
3. Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,
No comments:
Post a Comment